Adakah para ibu di Malaysia, tahu perkembangan pembelajaran anak-anak mereka sewaktu di sekolah?

MILO® mendedahkan hubungan yang mengejutkan di antara tenaga dan tahap prestasi kanak-kanak di sekolah

MILO® telah membantu mendedahkan kepentingan tenaga bagi kanak-kanak untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka semasa di sekolah dalam perbincangan antara para guru, pelajar, ibu-bapa serta pakar nutrisi di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya.

Sesi ini bukan sahaja membincangkan tentang rasa bimbang para ibu apabila anak-anak mereka meninggalkan rumah untuk ke sekolah, malah ia turut merangkumi pelbagai aspek akibat daripada kehausan tenaga yang dialami oleh kanak-kanak pada waktu tertentu. Ia juga meneroka cara untuk memastikan nutrisi yang betul yang boleh memberikan manfaat terhadap prestasi di sekolah sama ada ketika di kelas atau ketika aktiviti ko-kurikulum.

Melihat dari sudut pandangan kajian terkini MyBreakfast Study, Dr Mahenderan Appukutty, Penyelidik dan Ketua Pusat Pengajian Siswazah dan Pensyarah Kanan di Fakulti Sukan, Sains dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam berkata 1 daripada 3 pelajar sekolah didapati mempunyai tahap fizikal aktiviti yang rendah terutama bagi mereka yang tidak mengambil sarapan pagi. “Ia sangat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrisi yang betul pada jangka masa yang telah ditetapkan untuk meningkatkan prestasi semasa di sekolah. Ini akan memberikan mereka tenaga secukupnya untuk membantu meningkatkan kecergasan mental supaya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di dalam kelas serta kekal bertenaga.

MyBreakfast Study ialah kajian pertama di Malaysia yang mengkaji info tabiat sarapan terkini di Malaysia yang menglibatkan sebanyak 8,705 murid sekolah. Kajian ini telah menemui bahawa kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih aktif dalam aktiviti fizikal. Ia turut juga menunjukkan bahawa sebahagian besar pengguna yang mengamalkan pengambilan minuman malt didapati lebih cenderung untuk memenuhi Keperluan Nutrien yang Disarankan [Recommended Nutrient Intake (RNI)].

Semasa perbincangan ini, para ibu telah berkongsi kebimbangan jika anak-anak mereka berupaya belajar dengan sesungguhnya apabila mereka mengalami kehausan tenaga. Menurut Ayu Rafikah, seorang pensyarah matrikulasi dan juga ibu kepada enam cahaya mata, “Saya akan memastikan anak-anak saya bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Tetapi apabila mereka keluar rumah, saya tidak tahu jika mereka ada tenaga yang mencukupi untuk kekal fokus dalam kelas.

Seorang guru penolong kanan kokurikulum, Pn. Suhaila Binti Omar, turut berkongsi pandangannya, “Ketika di sekolah, terutamanya ketika hampir waktu tengahari, sesetengah pelajar mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Mereka akan mula bersembang dan tidak berminat untuk belajar. Apabila saya bertanya mengapa mereka melakukan sedemikian, diantara sebabnya adalah selalu mengantuk atau letih. Oleh itu, pemakanan yang betul memang berperanan besar dalam senario ini. Kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi akan mudah merasa letih dan jika mereka lapar, mereka turut akan hilang fokus.

Katanya lagi, “ Selepas waktu rehat, para pelajar akan kembali bertenaga selepas makan dan minum.

Dalam perbincangan tersebut, Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan Nestlé (Malaysia) Berhad telah mencadangkan penyelesaian yang mudah untuk kanak-kanak mendapatkan khasiat yang betul serta memastikan bekalan tenaga mereka mencukupi adalah dengan membawa bekalan makanan ke sekolah. “Dengan membekalkan makanan yang sihat dengan pek MILO® UHT ke sekolah, ibu bapa akan merasa tenang kerana tahu anak-anak tidak akan merasa lapar atau kehausan tenaga apabila tiada di sisi mereka.

Beliau juga menambah bahawa kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada Activ-Go™ yang terdapat dalam MILO®. Activ-Go™ adalah kombinasi unik PROTOMALT®, mineral serta vitamin seperti Vitamin B untuk kanak-kanak sedia menghadapi pelbagai cabaran setiap hari. Selain itu, ia turut mengandungi kalsium untuk mengekalkan gigi dan tulang yang kuat serta Vitamin C untuk meningkatkan lagi penyerapan zat besi dalam makanan.

Selain memastikan anak-anak mendapat bekalan tenaga yang mencukupi untuk cemerlang di sekolah, kasih sayang seorang ibu dalam penyediaan bekalan makanan berkhasiat juga tidak boleh dilupakan. Para ibu juga menyedari bahawa usaha menyediakan bekalan makanan sebelum anak-anak pergi sekolah turut mengajar mereka membuat pilihan makanan yang baik di luar rumah serta mengukuhkan tabiat pemakanan yang sihat,” jelas Ahmad.

MILO® UHT dijual dalam pek 125ml dan 200ml di kedai serbaneka, pasar mini dan pasar raya.

Bekalkan anak anda dengan pek MILO® UHT untuk dibawa ke sekolah agar anak anda kekal bertenaga sepanjang hari.