Di bulan puasa ini, memang banyak hidangan lazat untuk berbuka. Sama ada hidangan yang kita masak sendiri atau yang dibeli di bazar Ramadan, kadang-kadang akan ada lebihan lauk. Di sinilah timbulnya dilema. Pastinya kita tak mampu nak habiskan kesemua lebihan lauk tersebut, tapi sayang pula jika dibuang. Penyelesaiannya? Simpan lebihan hidangan itu dan gunakan untuk resipi bersahur.

Ada bermacam resipi ringkas, lazat dan berkhasiat yang boleh anda cuba. Antaranya:
BALUTAN PITA


Kredit foto: www.missionfoods.com.sg

Kalau anda berbuka dengan rendang, lebihannya boleh anda simpan di dalam peti sejuk. Bila tiba waktu berbuka, panaskan balutan tortilla di atas kuali atau ketuhar sehingga lembut. Letakkan daun salad, bawang, tomato dan sayuran pilihan anda, kemudian letakkan rendang yang telah dipanaskan. Gulungkan dan sedia untuk dimakan! Tak ada rendang ayam? Resipi ini boleh juga disediakan dengan ayam atau kambing golek. Dengan daging dendeng pun boleh!
NASI GORENG


Kredit foto: www.shutterstock.com

Ini sememangnya rahsia ibu-ibu dari dulu lagi. Baki nasi dari waktu berbuka boleh disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan nasi sejuk tersebut, campurkan dengan ramuan kegemaran anda, dan goreng. Cepat dan sedap!
PASTA AYAM PERCIK


Kredit foto: www.comfortbites.co.uk

Bagi yang mahukan juadah bersahur yang lebih lengkap, boleh lah cuba resipi pasta ayam percik ini. Caranya senang saja. Mula-mula, rebuskan pasta pilihan anda dengan sedikit garam. Setelah hampir lembut, toskan pasta dan letak ke tepi. Panaskan ayam percik dan kuahnya di dalam kuali leper. Masukkan spaghetti, gaulkan dengan kuah, dan siap!
PASTA KRIM KARI


Kredit foto: www.shutterstock.com

Selain daripada hanya panaskan lebihan kari untuk bersahur, kari itu juga boleh digunakan untuk sediakan juadah berbeza. Senang saja caranya! Rebus pasta dengan sedikit garam, sehingga pasta agak lembut. Ketepikan. Masukkan kari ke dalam periuk, tambah sedikit krim dan sayur bayam. Setelah mendidih, padamkan api dan boleh tuangkan kari ke pasta. Dah boleh hidang. Senang kan?
Jangan lupa untuk hidangkan juadah bersahur ini dengan MILO®! Hanya MILO® mengandungi Activ-Go gabungan PROTOMALT, Vitamin dan Mineral - yang membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan supaya anda sekeluarga kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Selamat mencuba!