 |
Memupuk semangat Olimpik 2008 Beijing di kalangan kanak-kanak negara ini. Menjana kanak-kanak kita menghayati nilai murni sukan, memburu kecemerlangan dalam sukan dan akademik untuk diri serta negara. | |
 |
Anugerah akan diberikan kepada 29 kanak-kanak untuk meraikan Sukan Olimpik Beijing Edisi ke-29 pada Ogos 2008. Anugerah ini terbuka kepada kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun yang lahir pada atau selepas 1993. Setiap pemenang akan menerima:
 |
Baucar sukan MILO bernilai RM1,500 |
 |
Medal kenang-kenangan |
 |
Sijil pencapaian yang ditandatangani oleh Presiden MOM, Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Urusan Nestlé Malaysia |
| |
 |
Anugerah diberi kepada kanak-kanak yang serba boleh yang cemerlang dalam sukan dan akademik. Kanak-kanak akan dinilai pencapaian mereka dalam sukan dan akademik sepanjang tahun di mana Sukan Olimpik berlangsung iaitu dari Januari hingga Disember 2008.
Kanak-kanak yang mempunyai keputusan baik dalam akademik dan pernah menyertai serta mendapat kejayaan yang baik dalam sukan di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa mempunyai kelebihan.
Semua maklumat dalam borang penyertaan mestilah benar dan betul. Pemohonan yang tidak lengkap, salah dan tidak benar akan ditolak.
| |
 |
|
Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2009. Sila hantar borang penyertaan kepada:
|
Encik Ng Ping Loong Pengurus Pemasaran Sukan, Nestlé Products Sdn Bhd Nestlé House, 4 Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor DE |
| |
 |
|
Pemenang-pemenang akan diumumkan dalam iklan ucap tahniah yang akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama pada 20hb Mac 2009.
Pemenang akan menerima anugerah mereka semasa perhimpunan di sekolah masing-masing.
| |
 |
|
Anugerah Tunas Olimpik Remaja ini akan diuruskan bersama oleh MILO, MOM dan MSSM. Panel hakim akan dilantik untuk memilih pemenang-pemenang berdasarkan penyertaan yang diterima dan keputusan adalah muktamad.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
|
Encik Ng Ping Loong Pengurus Pemasaran Sukan, Nestlé Products Sdn Bhd Tel : 09-79656145 Emel : pingloong.ng@my.nestle.com
Dato' Dina Rizal bin Abdullah Tel : 03-62019899 Emel : dina.rizal@gmail.com |
| |