Syarat & Peraturan Peraduan
Penganjur & Kelayakan Mengambil Bahagian
  1. MILO® ENERGISE TO THE MAX CHALLENGE™ [“Peraduan”] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Pihak Penganjur”] dan dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas pada 01/04/2009.
  2. Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
    2. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
Tempoh Peraduan
  1. Peraduan ini akan berlangsung dari 01/04/2009 hingga 12/05/2009 2009 [“Tempoh Peraduan”]. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sahaja. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Borang Penyertaan & Kriteria Kelayakan
  1. Setiap pembelian minuman tin MILO® GRAB ‘N GO™ Original, Hi-Cal atau Mocha melayakkan anda menyertai Peraduan ini.
  2. Bukti pembelian bagi Peraduan ini ialah 3 [tiga] tin MILO® GRAB ‘N GO™ Original, Hi-Cal atau Mocha [“Bukti Pembelian”] yang dikemekkan. Bagi setiap Bukti Pembelian yang dikumpul, anda layak mengemukakan 1 [satu] penyertaan laman web.
  3. Untuk menyertai peraduan, anda hanya perlu ke laman web www.milo.com.my/energise dan sertai permainan prakelayakan, jawab 2 [dua] soalan objektif, daftar sebagai ahli laman web MILO® dan lengkapkan butir-butir yang dikehendaki. Bagi anda yang sudah menjadi ahli laman web MILO® dan untuk penyertaan selanjutnya, dengan Bukti Pembelian yang dikehendaki, anda hanya perlu kunjungi laman web dengan log masuk ahli laman web MILO® anda untuk menyertai Peraduan. Setiap ahli laman web MILO® yang berdaftar dihadkan kepada 3 [tiga] penyertaan laman web sehari ini.
  4. Sebagai syarat kelayakan, setiap penyertaan yang dikemukakan mesti mempunyai 1 [satu] Bukti Pembelian dan mesti melengkapkan semua langkah penyertaan Peraduan. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak betul dan memberikan jawapan salah akan dibatalkan.
  5. Setiap penyertaan yang layak diterima sepanjang Tempoh Peraduan akan diberi nombor siri menurut masa penerimaan.
  6. Peserta MESTI menyimpan Bukti Pembelian bagi setiap penyertaan yang dikemukakan untuk pengesahan pemenang dan menuntut hadiah selepas keputusan diumumkan.
Hadiah
  1. Hadiah bagi Peraduan ini dibahagikan kepada 3 [tiga] kategori.
  2. Kategori 1: 12 [Dua Belas] Hadiah Mingguan X 6 [enam] minggu:
    1. Terdapat sejumlah 12 [dua belas] Hadiah Mingguan untuk dimenangi setiap minggu sepanjang 6 [enam] minggu Tempoh Peraduan.
      1. Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan dengan 12 [dua belas] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan. Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat lebih rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.
        Contoh:
        Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan ialah 3,865 [tiga ribu lapan ratus enam puluh lima] penyertaan, maka jumlah tersebut akan dibahagikan 12 [dua belas] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Mingguan. Penyertaan dengan nombor bersiri ke-322 akan dipilih sebagai nombor bersiri kemenangan yang pertama, nombor bersiri ke-644 sebagai nombor bersiri kemenangan yang kedua dan seterusnya.
      2. Setiap seorang pemenang mingguan akan menerima satu [satu] Hadiah Mingguan pilihan antara Baucar Tambah Nilai Prabayar Talian Mudah Alih ataupun kad iTalk bernilai RM30 [Ringgit Malaysia: tiga puluh].
    2. Setiap peserta boleh memenangi tidak melebihi 2 [dua] Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan.
  3. Kategori 2: Hadiah Utama:
    1. Terdapat sejumlah 8 [lapan] Hadiah Utama dan 20 [dua puluh] Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi.
      1. Jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan:
        • dibahagikan dengan 8 [lapan] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama;
        • dibahagikan dengan 20 [dua puluh] Hadiah Sagu Hati.
        Nombor bersiri kemenangan ialah nombor bulat terdekat lebih rendah yang diperolehi daripada pembahagian tersebut.
        Contoh:
        Jika jumlah nombor bersiri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan ialah 23,190 [dua puluh tiga ribu satu ratus sembilan puluh] penyertaan, maka jumlah tersebut akan dibahagikan 8 [lapan] untuk memperolehi nombor bersiri kemenangan bagi Hadiah Utama. Penyertaan dengan nombor bersiri ke-2,898 akan dipilih sebagai nombor bersiri kemenangan yang pertama, nombor bersiri ke-5,796 sebagai nombor bersiri kemenangan yang kedua dan seterusnya.
      2. 8 [lapan] pemenang Hadiah Utama akan memenangi NOKIA 5800 Xpress Music bernilai RM1,499 [Ringgit Malaysia: satu ribu empat ratus sembilan puluh sembilan] setiap seorang.
      3. 20 [dua puluh] pemenang Hadiah Sagu Hati akan memenangi wang tunai RM300 [Ringgit Malaysia: tiga ratus] setiap seorang.
    2. Setiap peserta hanya boleh memenangi 1 [satu] Hadiah Utama sahaja. Sekiranya seseorang pemenang memenangi 2 [dua] atau lebih hadiah dengan nilai yang berbeza, pemenang tersebut secara automatik akan menerima hadiah yang lebih tinggi nilainya. Hadiah yang lebih rendah nilainya akan dimenangi oleh nombor bersiri lebih tinggi seterusnya secara berturutan.
  4. Kategori 3: Hadiah Bonus Khas:
    1. Terdapat sejumlah 3 [tiga] Hadiah Bonus Khas untuk dimenangi.
      1. 3 [tiga] penyertaan yang layak paling awal diterima dengan markah paling tinggi bagi permainan prakelayakan akan memenangi Hadiah Bonus Khas.
      2. 3 [tiga] pemenang Hadiah Bonus Khas akan memenangi 1 cenderahati eksklusif bernilai RM500 [Ringgit Malaysia: lima ratus] setiap satu.
    2. Setiap peserta boleh memenangi 1 [satu] Hadiah Bonus Khas sahaja.
  5. Penebusan Hadiah:
    1. Semua pemenang akan diberitahu tentang kemenangan penyertaan mereka dan hadiah yang dimenangi. Untuk pengesahan dan menebus Hadiah Mingguan dan/atau Hadiah Utama dan/atau Hadiah Bonus Khas, semua pemenang MESTI mengemukakan Bukti Pembelian asal dalam masa 7 [tujuh] hari kerja selepas pemberitahuan melalui surat berdaftar atau kurier ke alamat yang diberikan. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau Bukti Pembelian yang cacat dan/atau kegagalan memberikan Bukti Pembelian yang betul atau sebarang butir yang dikehendaki akan mengakibatkan pembatalan penyertaan. Bukti pos tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur.
    2. Selepas pengesahan Bukti Pembelian daripada pemenang, hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam masa 6-8 minggu. Semua pemenang dengan Bukti Pembelian yang tidak sah dan/atau tidak lengkap jumlahnya akan dibatalkan dan tidak layak menerima hadiah.
  6. Pemenang akan diberitahu melalui SMS atau dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan. Pihak Penganjur tidak boleh dipersalahkan sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa juga sebab. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 3 [tiga] bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Penganjur tidak boleh dipersalahkan sekiranya pemberitahuan kepada pemenang melalui pos tidak diterima atau lambat diterima. Senarai Pemenang akan juga diumumkan dalam laman web Pihak Penganjur www.milo.com.my/energise.
  7. Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan Sedia Ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
  8. Semua pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengatur dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan bersama hadiah berkenaan, jika ada.
Liabiliti & Tanggungjawab
  1. Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah.
  2. Semua kos peribadi, pengangkutan, penginapan dan/atau kos, yuran dan/atau perbelanjaan berkaitan lain yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  3. Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, tinggalan, gangguan, pemotongan, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan di Internet.
  4. Laman web www.milo.com.my/energise disediakan dalam keadaan "sedia ada" dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara nyata menolak sebarang bentuk waranti, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehgunaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan sebarang keputusan khusus daripada penggunaan www.milo.com.my/energise. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau daripada atau menerusi www.milo.com.my/energise akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan secara tersurat di dalam ini.
Hak Penganjur
  1. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Peraduan ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.
  3. Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar Syarat Capaian laman web. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan akaun ahli laman web mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada Peraduan dalam talian ini, proses penghantaran Peraduan atau laman web ini.
Terma & Syarat
  1. Syarat & Peraturan Peraduan ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara semua versi tersebut, maka, Syarat & Peraturan Peraduan dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  2. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.