GENERASI AKTIF

Azam 

Azim Wahab

Dari hobi jadi gaya hidup.

Walaupun mempunyai kerjaya sebagai jurufoto profesional, Azim Wahab masih meneruskan hobinya mengayuh basikal untuk menjaga staminanya. Minatnya telah membawanya berbasikal mengelilingi Malaysia!
 

5 Inspirasi Daripada Azim 

Baru 5 bulan berbasikal, dah kayuh sejauh 200km!

“Kayuhan paling jauh ialah 200km pada 13 Januari 2019, ketika itu saya baru 5 bulan dalam berbasikal, kayuhan dari Shah Alam ke Port Dickson”.
 
image1
image2
Berbasikal 3 kali seminggu untuk maintain fit.

“Saya kerap cycling paling kurang 3 kali dalam seminggu untuk kekalkan stamina”.

Lebih bersemangat bila lakukan aktiviti berkumpulan

“Group Bonkers Cycling Club ini banyak mengadakan aktiviti yang bersesuaian dengan saya, tambahan pula group ini lebih menitikberatkan semangat berpasukan dan membantu satu sama lain.”
image3
Pelbagaikan aktiviti untuk kekalkan minat

Selain aktiviti berbasikal, Azim juga melakukan aktiviti atas padang untuk keanekaan.

Motivasi daripada kawan timbulkan keseronokan

Azim mula berbasikal atas ajakan daripada kawan-kawan namun lama-kelamaan, ia menjadi minatnya sendiri dan dia mula berkongsi minat ini dengan kawannya yang lain pula.

Galeri

image4
image5
image6