Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Generasi Aktif​ Bersama Jaclyn Victor

Jaclyn Victor

Jaclyn VictoR

Kekal aktif membantu kariernya

Dalam kesibukan rutin hariannya yang padat, Jaclyn Victor akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk bersenam. Dengan mengamalkan gaya hidup aktif dapat membantunya untuk kekal cergas dan bersemangat.

5 INSPIRASI DARIPADA Jaclyn Victor

Mula aktif sejak kecil

“Semenjak dari kecil saya seorang yang sangat ligat. Masa sekolah saya aktif dalam sukan hoki dan olahraga.”
 

Start Early
gym

Jadikan senaman sebagai rutin harian

“Saya memang suka bersenam. Semasa mengandung pun saya masih aktif bersenam dan senaman yang saya gemari ialah TRX dan juga HITT”

Mengutamakan pemakanan seimbang

“Saya gemar memasak. Kebiasaannya untuk anak-anak saya akan sediakan makanan berkhasiat untuk mereka kekal cergas”
 

singer
family

Aktif bersenam merupakan terapi terbaik

“Banyak cabaran sebagai seorang penyanyi ni. Salah satu cara untuk saya tempuhinya adalah dengan bersenam”

Keluarga adalah keutamaan

Jaclyn sentiasa mengutamakan keluarga sebelum melakukan aktiviti yang lain. Baginya, keluarga dan teman rapat banyak mendorongnya untuk menjadi yang terbaik.

GalERI

Jaclyn Victor
Jaclyn Victor
Jaclyn Victor

BERSENAM MEMBANTU ANDA MENYANYI DENGAN LEBIH BAIK

Apa yang diperlukan oleh seorang penyanyi yang baik? Ramai beranggapan bahawa menyanyi itu bergantung kepada bakat dan suara yang sedap semata-mata — sama ada anda dilahirkan dengannya atau tidak. Memang benar bahawa ramai penyanyi mempunyai vokal yang baik secara semula jadi. Bakat sememangnya menjadi faktor, tetapi kerja keras dan latihan yang menyeluruh dapat membawa kemahiran nyanyian mereka lebih jauh.

Penyanyi menjalani latihan serta rutin kecergasan yang ketat bukan sekadar untuk mendapatkan penampilan yang baik di atas pentas, malah ia juga merupakan keperluan profesional bagi penyanyi untuk mengekalkan kualiti nyanyian mereka.

Bersenam membantu meningkatkan tahap kualiti nyanyian dengan peningkatan tenaga kardiovaskular dan stamina nafas anda. Apabila anda bersenam dan berpeluh, ia akan merangsang endorfin anda dan menguatkan otot untuk lontaran vokal nyanyian yang lebih sempurna. Bersenam dan membina stamina badan boleh membantu anda menyanyi dengan lebih tinggi dan jelas, penuh dengan tenaga dan penghayatan di atas pentas.

Ikuti apa Jaclyn Victor dari MILO® Generasi Aktif kongsikan tentang pengalamannya dalam mencapai kejayaan sebagai penyanyi terkemuka Malaysia.

KEKAL CEKAL UNTUK MENGEJAR IMPIAN ANDA 

Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda? Ketekunan, komitmen dan sifat cekal yang sejati adalah kunci untuk mendaki tangga kejayaan. Sifat cekal itu ada dalam semangat yang berkobar-kobar dan ketabahan untuk menghadapi sebarang cabaran dalam mengejar cita-cita anda. Dengan MILO® Generasi Aktif, anda boleh dapatkan inspirasi untuk terus membina kekuatan fizikal dan nilai positif yang boleh membawa anda pergi lebih jauh!

Jalan menuju kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan kecekalan yang sejati, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat. Seperti ikon-ikon MILO® Generasi Aktif, mereka mempunyai kesihatan fizikal dan minda yang positif untuk mendorong mereka melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Kita pasti akan menghadapi stres dan tekanan apabila menempuhi sebarang rintangan. Oleh itu, keperibadian yang positif boleh membantu kita menangani apa-apa tekanan dengan lebih baik. Jadi, apakah cara-cara untuk kita membina keperibadian yang positif ini? Jawapannya adalah dengan kekal aktif melalui bersukan, sama seperti yang dipraktikkan oleh ikon dalam MILO® Generasi Aktif. Aktiviti sukan dapat melatih kita untuk menjadi tangkas dan fleksibel secara fizikal, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti bekerjasama dan mengatur strategi.