GENERASI AKTIF

Nabil Ifwat 

nabil ifwat

Sukan ekstrem cabarnya untuk jadi terbaik.

Sentiasa amalkan gaya hidup aktif menjadikan Kyo @ Nabil Ifwat lebih berani untuk terokai kemampuan diri. Sukan Parkour banyak membentuk jati dirinya untuk jadi yang terbaik!
 

5 Inspirasi Daripada Nabil Ifwat

Parkour membuka minda untuk menjadi lebih kreatif.

“Setiap halangan dalam latihan parkour memang menguji minda. Nak atasi cabaran tu bukannya mudah, tapi ia melatih saya untuk berfikir secara kreatif”.
 
image3 
Keyakinan memimpin membuka banyak peluang

Mengetuai komuniti parkour banyak membantu Nabil membina keyakinan diri. Sekarang, kelebihan itu digunakan untuk memimpin syarikatnya sendiri.
 
image1 
image2 
Lebih berani bila beraksi dengan kawan-kawan

“Sukan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Jadi, berlatihlah dengan kawan-kawan sebab mereka yang akan mendorong kita untuk menjadi lebih berani.”

Tidak mudah putus asa

Pandangan negatif orang ramai tidak pernah mematahkan semangat Nabil. Sebaliknya, ia menguatkan lagi keinginannya untuk terus menceburi parkour.

Menggunakan YouTube untuk berkongsi

“Saya akan terus kongsikan video parkour di Youtube. Semoga inisiatif ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mulakan gaya hidup aktif.”

Galeri

gallery2
gallery1
gallery3