Kisah Milo®

 

Dari mitos menjadi minuman seisi rumah

Ini kisah menarik tentang MILO® - ia bermula dari mitos Yunani!

Bayangkan memiliki kekuatan untuk memikul seekor kerbau di bahu anda. Dikatakan pada abad ke-6, ada seorang atlet, Milo daripada Croton yang mempunyai kekuatan sedemikian. Dengan kekuatan itulah dia memenangi 6 acara Olimpik dan banyak lagi gelaran lain.

Pada tahun 1934, ketika zaman ‘The Great Depression’ (Kemelesetan Besar), ramai kanak-kanak menderita daripada pemakanan kurang sihat dan kekurangan nutrisi, dan ini mengilhamkan ahli sains pemakanan Nestlé Australia, Thomas Mayne untuk mencipta serbuk minuman malt coklat untuk membantu memberikan mereka tenaga. Dan dengan inspirasi mitos Milo, maka muncullah sebuah jenama dan minuman yang kemudiannya menjadi terkenal seluruh dunia - MILO®.

Kini, MILO® dihasilkan di lebih daripada 24 buah kilang seluruh dunia dan dijual di lebih daripada 40 buah negara, dengan rasa yang unik dan digemari rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Rasa MILO® yang cukup dikenali inilah yang anda mahukan di pagi hari, mahupun ketika menonton bola sepak bersama rakan-rakan di kedai mamak.

Tapi, bagaimana kami memastikan setiap hidangan MILO® dikekalkan kebaikan dan kelazatannya? Untuk permulaan, kami hanya mencari dan menggunakan bahan semulajadi untuk nutrisi yang sihat dan seimbang. Kami juga mengekalkan kawalan kualiti yang tinggi ke atas proses pembuatan bagi memastikan MILO® yang dicurah dalam cawan anda elok kandungannya.

MILO® telah berkembang seiring dengan negara kita dan menjadi sebahagian daripada warisan sukan Malaysia selama lebih dari 60 tahun. Malah, ramai atlet kebangsaan memulakan kerjaya sukan mereka melalui program sukan akar umbi MILO®.

Bukan itu sahaja, MILO® juga terus berusaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya memenuhi potensi mereka. Misi kami adalah menjadikan anda penuh tenaga – bukan sekadar tenaga positif yang memberi keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik, tetapi juga tenaga fizikal untuk menempuh hari anda yang kian aktif dan sibuk. MILO® menyokong tekad anda, dan menerap sikap serta nilai positif yang diperlukan untuk berjaya supaya anda boleh menikmati pencapaian peribadi terbaik dalam sukan mahupun kehidupan.