Tip-tip Menghadapi Ramadan Bersama MILO®

Tip-Tip Ramadan

Bulan yang dinanti sudah tiba! Pastikan anda penuhi bulan mulia ini dengan kebaikan amal ibadat serta tenaga daripada barli malt, susu dan koko dalam secawan MILO®!

Jom ketahui pelbagai cara dan tip-tip untuk melakukan persediaan untuk menghadapi bulan yang penuh berkat ini melalui artikel-artikel di bawah.
1. Rancang menu sahur dan iftar awal.
Rancang dan bincang dengan keluarga menu yang ingin disediakan untuk sahur dan iftar. Tetapkan jadual dan masak bergilir-gilir. Selain itu, anda boleh cuba untuk pelbagaikan tema juadah; seperti Western, Utara, Thai dan banyak lagi. Tontonlah video live Chef Muluk di Facebook MILO® Malaysia untuk inspirasi! 

Lengkapkan juadah dengan secawan MILO® panas yang padat dengan kebaikan barli malt, susu dan koko, serta vitamin dan mineral penting supaya seisi keluarga kekal bertenaga. 

 
2. Penuhi aktiviti harian dengan kebaikan
Pastikan pengisian Ramadan di rumah dipenuhi dengan kebaikan – bukan sahaja daripada segi amal ibadah, tetapi juga aktiviti yang menyihatkan badan seperti senaman ringan! Jom ikut senaman Rentak Aktif kami di Facebook MILO® Malaysia! 

 
3. Elakkan pembaziran
Pemantauan perbelanjaan menjadi lebih mudah apabila anda di rumah dan tidak mengunjungi bazaar Ramadan. Berjimat-cermat apabila membeli barang keperluan dan jangan lupa untuk membayar zakat serta bersedekah kepada golongan yang memerlukan. Apa kata anda salurkan bantuan kepada golongan memerlukan dengan mengirimkan MILO® #ParcelKebaikan melalui Shopee Nestlé Malaysia, ia sungguh mudah!

 
4. Amalkan konsep suku-suku-separuh
Berpuasa bukanlah alasan untuk makan berlebihan. Pastikan anda berbuka dengan makanan yang seimbang. Juadah yang disediakan haruslah lengkap dengan nutrisi penting. Untuk ibu, inilah masa untuk cungkil bakat terpendam si kecil! Lihat resipi suku-suku-separuh di laman web MILO® Malaysia untuk mendapatkan inspirasi!
1. Tinggi serat, padat nutrien penting
MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 25% lebih bijirin dan tinggi serat yang memastikan anda kekal kenyang untuk tempoh yang lebih panjang tanpa sahur yang berat.

 
2. Kandungan bijian penuh bersesuaian
Satu hidangan MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi 8g bijian penuh yang memenuhi 17%* saranan keperluan pengambilan bijian penuh sehari. Bijian penuh merupakan sumber pelbagai nutrien utama seperti protein, serat, karbohidrat, vitamin dan mineral.
*Seperti yang disyorkan oleh USDA Dietary Guidelines for Americans

 
3. Penuh kebaikan dan khasiat
Seperti produk MILO® yang lain, MILO® with Whole Grain Cereal mengandungi kebaikan bijian penuh, barli malt, susu dan koko, serta kombinasi unik pelbagai nutrien penting termasuklah vitamin B untuk pembebasan tenaga daripada makanan.

 
4. Ringkas untuk disediakan
Untuk menikmati secawan MILO® with Whole Grain Cereal, anda hanya perlu menambahkan 200ml air panas kepada satu paket hidangan 36g. Walaupun enak diminum begitu sahaja, MILO® with Whole Grain Cereal sesuai dipadankan dengan makanan dan/atau buah-buahan kegemaran anda, lebih-lebih lagi buah kurma untuk sahur yang lebih berkhasiat.
1. Selitkan unsur pengajaran dalam setiap kebaikan
Bimbing si kecil untuk berdisiplin serta didiknya tentang hikmah setiap amalan pada bulan Ramadan. Tekankan kepentingan menguruskan masa seperti bangun awal pagi untuk bersahur dan mengisi waktu siang dengan amal ibadah. Anda juga boleh mendidik si kecil untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

 
2. Galakkan perkembangan rohani dan jasmani
Selain santapan rohani, perkembangan jasmani anak-anak perlu juga dititikberatkan sepanjang Ramadan. Pastikan kesihatan jasmani anak dijaga dengan melakukan senaman ringan di rumah. Ikuti kami lakukan senamrobik dengan video tutorial Rentak Aktif di Facebook MILO® Malaysia!

 
3. Didik kepentingan pemakanan seimbang
Dalam menyediakan juadah sahur dan berbuka, pastikan keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan untuk tenaga sepanjang berpuasa! Cara paling mudah untuk menyediakan hidangan yang sihat, anda boleh rujuk Model Pinggan Sihat Malaysia ataupun video live Chef Muluk di Facebook MILO® Malaysia dan resipi suku-suku-separuh di laman web MILO® Malaysia. Jangan lupa untuk lengkapkan juadah sahur atau iftar dengan tenaga daripada kebaikan barli malt, susu dan koko, vitamin serta mineral penting dalam secawan MILO®.
 
Bulan Syawal memang meriah. Mentang-mentang ada rendang, kuih-muih, lemang dan macam-macam lagi, memang susah nak tahan selera makan. Dalam kemeriahan ini, jangan lupa untuk kekal aktif di rumah! Jom tengok cara-cara untuk ubah rumah anda kepada #ZonAktifMILO menggunakan barangan yang sedia ada.

 
1. Gelanggan Futsal Ruang Tamu
Gelanggang futsal masih ditutup? Takpe, jom ubah ruang tamu anda menjadi gelanggang mini futsal. Anda hanya perlukan 2 bakul baju sebagai pintu gol, bola dan pita selofan untuk menandakan garisan. Hati-hati ketika menyusun barang-barang, pastikan lantai tidak licin supaya tiada barang yang pecah!

 
2. Senamrobik Rentak Aktif
Tengah mood nak buat senaman ringan? Jom gerakkan badan sepenuhnya dengan senamrobik ataupun senaman HIIT di rumah. Ikuti kami lakukan senamrobik dengan video tutorial Rentak Aktif di Facebook MILO® Malaysia!

 
3. Boling Tin/Botol MILO®
Tangan dah gatal nak main boling? Bila dah sudah minum MILO® tin atau botol untuk berbuka, jangan buang tau! Kumpul banyak-banyak untuk dijadikan pin boling. Susun 20 tin/botol dalam bentuk tiga segi dan dapatkan bola. Leretkan bola, setel! Dapatkan inspirasi senaman D.I.Y lain di Instagram @milo_malaysia!
 
4. Dumbell Tin MILO®
Abam Sado tak dilupakan. Kalau tiada dumbell di rumah, boleh digantikan dengan tin MILO® serbuk 1.5KG. Lekatkan batang paip ataupun batang mop antara 2 tin MILO® serbuk. Pastikan tin penuh! Kalau tidak, boleh pesan melalui Shopee Nestlé Malaysia sekarang!