Bulan Ramadan dah tiba! Bulan yang dinanti umat Islam ini membawa seribu keberkatan dan juga cabaran. Tanpa persiapan, mungkin agak sukar untuk menempuh segala cabaran Ramadan. Namun, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk kekal bertenaga walaupun anda sedang berpuasa. Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca!
DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA



Terawih, tadarus, sahur – memang banyak aktiviti yang akan anda lakukan sepanjang Ramadan. Namun, anda masih perlukan rehat supaya badan anda boleh kembali pulih selepas seharian berpuasa. Jika anda tidak mendapat rehat yang cukup, anda pasti akan keletihan. Oleh itu, cuba tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Jika perlu, tidur sekejap selama 10-15 minit selepas waktu sembahyang untuk memastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.
LAKUKAN AKTIVITI RINGAN



Berpuasa tak bermakna anda tidak boleh bergerak aktif. Anda boleh melakukan senaman ringan seperti joging, mengemas rumah, atau senaman regangan di tempat kerja. 15-20 minit sudah cukup untuk mencergaskan badan dan minda anda. Amalkan supaya anda boleh kekal aktif dan tidak rasa mengantuk.
ERATKAN SILATURRAHIM



Bulan Ramadan lah bulan yang paling sesuai untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan orang di sekeliling kita. Luangkan sedikit masa untuk berbual mesra bersama sahabat, rakan sekerja dan keluarga. Ini akan mengalihkan minda anda daripada tekanan mental dan fizikal ketika berpuasa. Ia juga sejenis senaman mental yang boleh meningkatkan daya otak dan menghalang keletihan, selagi anda tidak bersosial dengan mereka yang memberikan anda tekanan.
PASTIKAN KEKAL TERHIDRAT



Sungguhpun anda berpuasa, anda masih perlu meminum air secukupnya, iaitu 8 gelas sehari. Tapi, jangan minum 8 gelas air sekaligus di waktu bersahur atau berbuka. Sebaliknya, anda boleh minum 2 gelas air ketika bersahur, 2 gelas sewaktu berbuka, dan 4 gelas di antara waktu berbuka dan bersahur. Jauhkan dari mengambil minuman berkafein dan ambil lah makanan yang menghidratkan seperti tembikai, timun, tomato dan buah-buahan sitrus.
AMBIL MAKANAN BERKHASIAT



Di bulan Ramadan, terlalu banyak godaan dalam bentuk makanan. Memang kebiasaanya, kita akan mahu untuk menikmati pelbagai hidangan lazat, tetapi makanan tersebut mungkin kurang berkhasiat. Elakkan daripada mengambil makanan yang akan memudaratan diri. Sebaliknya, ambillah makanan yang berserat tinggi, makanan protein, serta lemak yang berkhasiat. Yang penting, jangan lupa untuk minum MILO® terutama di waktu sahur. Ini kerana MILO® mengandungi PROTOMALT yang memberikan tenaga serta nutrisi yang badan anda perlukan di bulan puasa ini. Apabila anda bersahur bersama MILO®, pasti anda akan bertenaga sepanjang Ramadan.
Semoga dengan panduan ini, anda akan dapat memanfaatkan puasa anda sepenuhnya dan menjadikan Ramadan anda lebih bertenaga!