KITAR SEMULA UNTUK MASA DEPAN.

careton logo 

Setiap hari, beribu-ribu tan sampah dihasilkan oleh manusia. Tahukah anda, produk yang berasaskan kertas merupakan antara penyumbang terbesar! Sebab itu dengan mengitar semula pek kertas bukan saja dapat mengubah alam sekitar, tapi boleh juga membantu golongan yang memerlukan. Pek MILO® UHT direka khas untuk memudahkan anda kitar semula dan hasil kerjasama dengan Epic Home, kami telah membantu membina atap rumah untuk komuniti Orang Asli.

Jom kitar semula dengan membawa pek UHT atau bekas minuman kosong anda ke Tesco Puchong & Giant Kinrara dari 27 Julai hingga 1 Sept 2019 (Sabtu & Ahad sahaja) dan hadiah misteri menanti anda! Jumpa di sana!

JOM MULAKAN HARI INI:

careton step 1

Langkah 1
Masukkan straw

Masukkan selepas minum

careton step 2

Langkah 2
Flip

Lipat bahagian tepi

careton step 3

Langkah 3
Flap

Dan juga bahagian bawah

careton step 4

Langkah 4
Flat

Kempiskannya!

Kemudian, hantar ke lokasi pengumpulan!
Mudah kan? Anda bukan saja akan membantu memelihara alam sekitar, anda juga membantu golongan yang memerlukan. Mulakannya hari ini!

INI PROSES PENUHNYA

Anda bukan saja akan membantu memelihara alam sekitar, anda juga membantu golongan yang memerlukan. Mulakannya hari ini!

 

careton mapcareton map mobile


Semak senarai lokasi pengumpulan pek MILO UHT

Lihat lokasi

FAQ


 

Ia  adalah kempen kesedaran kitar semula yang mengumpulkan karton minuman terpakai untuk dikitar semula menjadi bumbung yang akan didermakan kepada EPIC Homes untuk membantu komuniti Orang Asli. Kempen ini untuk menggalakkan orang ramai lebih mesra alam sambil membantu golongan yang memerlukan.

Semua pek MILO® UHT akan dikumpulkan di bawah rangkaian CAREton Partners. Kemudian, ia akan dibawa ke kilang dan diproses menjadi jubin bumbung yang akan digunakan oleh EPIC Homes untuk membina rumah untuk komuniti Orang Asli.

Kotak minuman Tetra Pack mengandungi 75% kertas, 20% plastik dan 5% aluminium. Kesemua bahan ini akan diasingkan di pusat kitar semula kepada kertas (pulpa) serta plastik dan aluminium (Poly Al). Poly Al inilah yang akan diproses menjadi papan panel leper kemudian dibentuk menjadi jubin bumbung.

Jubin bumbung yang dihasilkan daripada MILO® UHT ada pelbagai faedah struktur dan teknikal seperti tahan api, penebat bunyi dan haba yang baik.

Selain daripada menjaga alam sekitar, Projek CAREton membantu untuk membina jubin bumbung kepada golongan yang memerlukan. Jom sertai kami dalam usaha ini!

Semak lokasi berhampiran anda dengan melayari laman web www.recycle-easy.com.my

Mudah saja! Hanya perlu isi borang pendaftaran dan wakil Tetra Pack akan hubungi dan mengesahkan status anda. Untuk maklumat lanjut, layari CAREton Collection Partner.