Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

MILO® Hi-Fibre Baharu

MILO® HI-FIBRE BAHARU​

MILO® Hi-Fibre membantu anda mendapatkan keperluan nutrisi harian dengan kandungan serat yang lebih tinggi dan ~½ sudu kecil gula dalam setiap hidangan, tanpa melupakan rasa hebat MILO®!​

Mulakan hari anda dengan kebaikan MILO® Hi-Fibre dan kekalkan gaya hidup aktif anda.

Berani terus melangkah kini dengan tenaga daripada MILO® Hi-Fibre!​

 
Hi-Fibre 
2.5x More Fibre

TINGGI DENGAN SERAT​

Setiap hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre mengandungi 3.7g serat. Produk ini memenuhi 12% keperluan serat seharian*.​
*Berdasarkan 30g serat seharian. RNI 2017 mencadangkan pengambilan 20 30g serat seharian.

less sugar

~½ SUDU KECIL GULA (SUKROSA)*

Setiap hidangan (30g) mengandungi hanya lebih kurang ½ sudu kecil gula tambahan berbanding serbuk MILO® yang biasa.​​
*2.9g sukrosa bagi setiap hidangan. 1 sudu kecil = 5g

love

RASA HEBAT MILO® YANG DIGEMARI​

Tiada rasa setanding MILO® asli!​

HCL

MEMENUHI KRITERIA LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT MALAYSIA

Nourishing Energy of MILO®

KHASIAT DAN KEBAIKAN MILO® DIKEKALKAN

malt
 

BARLI MALT

Berasal daripada barli dan merupakan sumber tenaga

Susu
 

SUSU

Sumber protein & kalsium

Koko
 

KOKO

Memberi rasa coklat

actgigp
 

ACTIV-GO®

Gabungan PROTOMALT®, 6 vitamin dan 3 mineral

SOALAN LAZIM

MILO® Hi-Fibre merupakan keluaran terbaharu dalam rangkaian inovasi produk kami yang semakin berkembang dan memenuhi keperluan, kehendak serta cita rasa pengguna yang berubah.

Seperti serbuk MILO® yang biasa, MILO® Hi-Fibre mengekalkan kebaikan barli malt, susu dan koko serta vitamin dan mineral penting.

Di samping itu, MILO® Hi-Fibre mengandungi lebih kebaikan. Ia mengandungi serat yang lebih tinggi dan ~½ sudu kecil gula (sukrosa) berbanding serbuk MILO® yang biasa.

Serat dalam MILO® Hi-Fibre berasal daripada serat jagung terlarut dan koko.

Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.

Namun begitu, pengambilan serat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah rendah secara keseluruhannya:

  • 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi.
  • MILO® Hi-Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu mengurangkan jurang ini.

Satu hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan*.

Sama seperti serbuk MILO® yang biasa, MILO® Hi-Fibre juga mengandungi 6 vitamin (termasuk vitamin-vitamin B, C dan D) dan 3 mineral (kalsium, zat besi dan fosforus) yang penting untuk membantu pembebasan tenaga daripada makanan.

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017, pengambilan serat makanan sehari yang disarankan ialah 20-30g.

MILO® Hi-Fibre mempunyai rasa hebat malt coklat MILO® yang digemari ramai sejak turun-temurun.

Maklum balas menunjukkan pengguna kami menggemari rasa MILO® Hi-Fibre seperti mana mereka menggemari rasa serbuk MILO® yang biasa.

Ia hanya mengandungi 2.9g atau ~½ sudu kecil* gula tambahan (sukrosa) dalam satu hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre.

Saiz hidangan yang dicadangkan ialah 30g (dibancuh dengan 200ml air panas).

*1 sudu kecil = 5g.

Ya, semua variasi MILO® termasuk MILO® Hi-Fibre memenuhi kriteria nutrien Healthier Choice Logo (HCL)/ Pilihan Lebih Sihat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini bermakna bahawa semua rangkaian MILO® termasuk MILO® Hi-Fibre mempunyai jumlah lemak dan gula yang lebih rendah berbanding produk yang tidak diiktiraf dengan Pilihan Lebih Sihat dalam kategori minuman malt.

MILO® Hi-Fibre mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding MILO® Less Sugar. Manakala, kandungan gula tambahan (sukrosa) dalam kedua-dua produk adalah hampir sama, iaitu kira-kira ½ sudu kecil*.

*1 sudu kecil = 5g, MILO® Hi-Fibre mengandungi 2.9g sukrosa dalam setiap hidangan manakala MILO® Less Sugar mengandungi 3.2g sukrosa dalam setiap hidangan.

Cara penyediaan:
cara penyediaan
Letakkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO® Hi-Fibre ke dalam cawan dan bancuh dengan 200ml air panas (80°C).

Tidak perlu tambah gula/krimer kerana rasanya sudah sedap begitu sahaja!

MILO® Hi-Fibre boleh didapati di kedai-kedai berhampiran anda.

Anda juga boleh mendapatkannya dalam talian di laman-laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada

Harga runcit yang disyorkan bagi satu pek ialah RM22.45 untuk MILO® Hi-Fibre 900g dan RM11.40 untuk MILO® Hi-Fibre Mixes.

Tidak, kedua-dua produk akan terus berada di pasaran.

MILO® Hi-Fibre merupakan keluaran terbaharu dalam rangkaian inovasi produk kami yang semakin berkembang dan memenuhi keperluan, kehendak serta cita rasa pengguna yang berubah.

Rakyat Malaysia kini diberikan lebih banyak pilihan dengan satu lagi produk MILO® yang berkhasiat.