MILO Nutri Breakfast 
Setiap kotak MILO® Nutri Breakfast mengandungi 8 sachet untuk satu hidangan.

MILO® Nutri Breakfast

Inilah bijirin oat segera MILO® yang pertama seumpamanya. Ia padat dengan kebaikan oat bersama kepingan pisang dan biji-bijian sebenar dan memberikan anda rasa MILO® lazat, supaya pagi anda dipenuhi khasiat yang menyelerakan. Inilah suatu kemenangan!

Ia tentunya mengandungi kebaikan semula jadi barli malt, susu dan koko serta 6 vitamin dan 3 mineral penting seperti produk MILO® yang lain.

Terdapat dalam dua varian, pilih kegemaran anda!
  • MILO® Nutri Breakfast Pisang
  • MILO® Nutri Breakfast Biji Bunga Matahari & Biji Labu
 
MILO Nutri Breakfast 
Setiap kotak MILO® Nutri Breakfast mengandungi 8 sachet untuk satu hidangan.

CARA PENYEDIAAN

 
Mulakan hari anda dengan tenaga untuk melangkah jauh melalui penyediaan mudah satu sachet MILO® Nutri Breakfast. Hanya campurkan 60ml air panas ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
 
TearKOYAK
PourTUANG
StirKACAU
ScoopSUAP

Dipenuhi Dengan Kebaikan Menyeluruh

 
malt

Oat Yang Diimport

Sumber serat dan protein.

Real Contain

Mengandungi Kepingan Pisang Dan Biji-Bijian Sebenar

Kepingan pisang sebenar dan biji-bijian untuk kelazatan pada setiap suapan.

love

Rasa MILO® Lazat

Rasa asli dikekalkan kerana ia amat digemari setiap generasi!

Nutri Breakfast 
High Calcium
Tinggi kalsium, zat besi & Vitamin D dan sumber untuk serat.
HCL Logo
Memenuhi Kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat

SOALAN LAZIM

MILO® Nutri Breakfast ialah bijirin oat (oatmeal) segera yang diperbuat daripada kebaikan MILO® dan oat serta mengandungi kepingan buah atau biji-bijian sebenar.

Semangkuk sajian sarapan bijirin oat MILO® hangat lagi berkhasiat dengan kelazatan rasa MILO® kegemaran ramai yang kini boleh dinikmati dalam setiap suapan.

Cepat dan mudah untuk disediakan. Hanya tuang MILO® Nutri Breakfast ke dalam mangkuk dan tambahkan 60ml (1/4 cawan) air panas. Kacau sehingga sebati, dan sarapan anda kini sudah tersedia!

Padankan MILO® Nutri Breakfast dengan segelas susu dan sepotong buah untuk kebaikan sarapan mudah namun berkhasiat bagi memulakan hari anda dengan bertenaga.

MILO® Nutri Breakfast dirumuskan untuk rakyat Malaysia yang mahukan lebih lagi kebaikan sarapan bersama MILO®.

Mengekalkan kebaikan MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko, ia padat dengan kombinasi unik vitamin dan mineral penting yang dapat membantu membebaskan tenaga daripada makanan.

Kandungan zat besi, kalsium dan Vitamin D juga tinggi.

Ia turut mengandungi kebaikan tambahan oat yang merupakan sumber serat yang penting untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.

MILO® Nutri Breakfast memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna dalam MILO® Nutri Breakfast, kandungan jumlah gula dan lemak adalah lebih rendah, manakala kandungan serat adalah lebih tinggi berbanding produk-produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat.

Untuk memulakan hari anda dengan lebih lagi kebaikan MILO® yang berkhasiat, cubalah MILO® Nutri Breakfast hari ini!

Pertamanya, cara kedua-dua produk tersebut dinikmati adalah berbeza. MILO® Nutri Breakfast ialah bijirin oat (oatmeal) segera yang dimakan, manakala MILO® with Whole Grain Cereal pula merupakan minuman.

Namun begitu, kedua-dua produk tersebut padat dengan kebaikan MILO® serta tinggi kandungan zat besi, kalsium & Vitamin D dan juga sumber serat.

Untuk maklumat lanjut tentang MILO® with Whole Grain Cereal, layari https://www.milo.com.my/whole-grain-cereal

MILO® Nutri Breakfast kini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat pembelian dalam talian menerusi laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Kami sangat teruja untuk memperkenalkan buat pertama kalinya MILO® dalam bentuk bijirin oat (oatmeal)!

MILO® Nutri Breakfast berbeza daripada produk-produk MILO® serbuk, pra-campur (mixes), UHT, atau sedia diminum (ready-to-drink) kerana ia MILO® yang dinikmati dalam setiap suapan.

MILO® Nutri Breakfast mengekalkan khasiat kebaikan MILO® yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko, serta padat dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting.

Ia mengandungi zat besi, kalsium dan Vitamin D yang tinggi.

Dengan kebaikan tambahan oat, MILO® Nutri Breakfast juga merupakan sumber serat.

Koyak dan kosongkan kandungan satu paket MILO® Nutri Breakfast ke dalam mangkuk dan tuangkan 60ml (¼ cawan) air panas.

Kacau sehingga sebati dan semangkuk MILO® Nutri Breakfast hangat yang lazat kini sedia untuk dinikmati.

Sangat mudah dan cepat untuk disediakan! Hanya perlu ingat empat langkah mudah ini: Koyak, Tuang, Kacau, Suap.

Setiap kotak MILO® Nutri Breakfast mengandungi 8 paket campuran bijirin oat.

MILO® Nutri Breakfast kini terdapat dalam 2 varian: Pisang dan Biji-Bijian.

Varian Pisang mengandungi kepingan buah pisang sebenar, manakala varian Biji-Bijian pula padat dengan biji bunga matahari dan biji labu.

Kedua-dua varian mengandungi kebaikan semula jadi barli malt, koko dan susu serta 6 vitamin dan 3 mineral penting.

Harga runcit yang dicadangkan untuk sekotak MILO® Nutri Breakfast ialah RM13.60.