MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN PLASTIK

Diperbuat daripada sumber yang terkawal

Nestlé Malaysia dengan bangganya mengumumkan kami adalah Syarikat Makanan dan Minuman pertama di Malaysia untuk membuat inovasi pek minuman yang mesra alam!

Mulai Disember 2019 dan seterusnya, kami telah tukar straw plastik kepada straw kertas bermula dengan pek minuman MILO® UHT 125ml. Inisiatif ini bukan saja berkesan dan berskala, tetapi dapat juga menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setahun dalam jangka masa panjang.
Produk Semasa dengan Straw Kertas:papper straw masthead

FAQ

MILO® merupakan yang pertama memperkenalkan straw kertas dalam pek minuman MILO® UHT 125ml yang telah dilancarkan pada Disember 2019. Dijangka 40 juta penggunaan straw plastik dapat dikurangkan dan dalam jangka masa panjang, kami menganggarkan untuk mengurangkan sebanyak 200 juta penggunaan straw plastik. 65% pembungkusan Nestlé Malaysia direka untuk kitar semula.

Straw kertas kami dibuat daripada kertas yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Hutan (FSC) dari pembekal bertanggungjawab yang memenuhi garis panduan dan standard yang ketat.

Kami komited untuk memastikan peralihan kami tidak mengakibatkan penebangan hutan baru dan tidak diperoleh daripada pembekal yang tidak bertanggungjawab.

Salah satu daripada beberapa inisiatif kami sebagai sebahagian daripada penyelesaian luas kami untuk mengurangkan sisa pembungkusan plastik dengan cara yang memberi kesan dan mesra alam.
Kami telah melakukan soal selidik menggunakan ptototaip dan mendapati yang straw kertas kami cukup kukuh untuk tempoh yang diperlukan pengguna untuk meghabiskan sesuatu produk.

Straw pada pek MILO® UHT dibuat daripada kertas dan selamat digunakan untuk minum.

Kertas yang kami gunakan dari pelbagai pembekal di seluruh dunia yang mematuhi garis panduan penyumberan yang ketat dan dari pembekal yang membekalkan kertas mendapat kelulusan dari FSC.

TPek MILO® UHT secara keseluruhan boleh dikitar semula. Masukkan straw kertas ke dalam, kemudian lakukan 3 langkah mudah ini:

Langkah 1 - Flip bahagian tepi

Langkah 2 – Flap bahagian bawah

Langkah 3 - Flat kempiskannya, dan masukkan ke tong kitar semula kertas yang terdekat!

Pembalut plastik digunakan untuk memastikan straw kertas dilindungi dari kelembapan dan pencemaran, dan selamat digunakan semasa minum. Bahan yang digunakan untuk pembalut plastik seperti pek MILO® UHT yang lain juga boleh dikitar semula sepenuhnya?