Memperkenalkan MILO® PROTEIN UP ™ baharu

PENUH KEKUATAN PROTEIN

Protein Up 13g

Made with Cereal

Tinggi dengan Protein

Dipenuhi kekuatan 13g protein yang bersamaan dengan protein dalam 2 biji telur*

Contains Whole Grain

Protein Membantu Pemulihan Otot

Protein membantu mengekalkan dan memperbaiki sel-sel dan tisu badan, termasuk rosak rosot biasa semasa bersenam.

High in Fibre

Protein Membantu Membina Kekuatan**

Protein berfungsi sebagai salah satu bahan penting untuk membina otot yang menyokong pergerakan kita semasa menjalani aktiviti seharian.

Nourishing Energy of MILO®

Tenaga berkhasiat MILO®

Protein dengan nutrien penting termasuk Vitamin B yang membantu pembebasan tenaga efisien daripada makanan anda.

*Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia 1997, sebiji telur ayam penuh (53g) 
**Bersama dengan latihan rintangan

FAQ

MILO® PROTEIN UP™ adalah varian MILO® sedia-untuk-diminum yang direka khusus buat dewasa. Dirumus khas untuk mereka yang aktif, ia mengandungi 13g protein (bersamaan dengan protein dalam 2 biji telur ayam) menjadikannya sesuai buat mereka yang mahukan produk tinggi protein dalam diet mereka. Ia adalah dalam format botol untuk menepati gaya hidup mereka yang sentiasa bergerak dan kesuntukan masa. Sudah semestinya ia juga mempunyai kebaikan malt, susu dan koko, dipadankan dengan rasa MILO® yang anda gemari.

Dengan 13g Protein, MILO® PROTEIN UP™ boleh menjadi sebahagian daripada diet anda untuk memenuhi pengambilan protein harian yang disyorkan. Apabila anda mendapat protein yang cukup, lebih mudah buat anda untuk membina atau mengekalkan otot yang memberikan kekuatan. Ini diperlukan untuk aktiviti harian anda. MILO® PROTEIN UP™ juga akan dapat memberikan anda tenaga berkhasiat MILO®.

Walaupun ramai yang berfikir demikian, protein bukanlah hanya untuk ahli bina badan. Malah, ia memainkan banyak peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Ia membantu mengekalkan & membaik pulih sel-sel badan & tisu yang mengalami rosot rosak biasa. Protein juga bertindak sebagai bahan untuk membina tulang, otot dan organ. Enzim, yang dibentuk oleh protein adalah penting dalam mencerna makanan yang kita makan. Di samping itu, protein membantu membina sel-sel imun kita.

Secara umumnya, untuk dewasa yang berumur 18-59 tahun, pengambilan protein yang disyorkan setiap hari adalah 1g per kg berat badan.1 Jadi jika berat badan anda adalah 50kg, ini bermakna anda memerlukan 50g protein setiap hari. Anda boleh mengira berapa banyak protein yang anda perlukan dengan menggunakan formula yang sama. Walau bagaimanapun, jika anda kurang berat badan, berat badan berlebihan, obes atau dengan keadaan kesihatan dalaman, keperluan protein anda mungkin berbeza-beza. Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat pakar kesihatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

MILO® PROTEIN UP™ boleh dinikmati bila-bila masa, di mana-mana. Formatnya yang memudahkan menjadikannya sempurna untuk diambil di mana saja. Ia terbaik apabila dipadankan dengan makanan kerana ia membantu untuk memenuhi keperluan protein harian anda. Walaupun MILO® PROTEIN UP ™ memberi anda 13g protein, anda tetap perlu mempunyai diet yang sihat dan lengkap mengikuti konsep #SUKUSUKUSEPARUH, seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia bersamaan dengan protein di dalam dua (2) biji telur ayam.2

MILO® PROTEIN UP™ dirumus khas untuk memenuhi keperluan pemakanan orang dewasa. 1 hidangan MILO Protein Up mengandungi 13g protein3 di mana ia memenuhi 21% dan 24% keperluan protein dalam masing-masing lelaki dan perempuan dewasa.4 Kanak-kanak, bagaimanapun, mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza berbanding dengan orang dewasa. Oleh itu, MILO® UHT adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana ia dirumus khas untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan mereka.

1 1 hidangan MILO Protein Up mengandungi 13g protein
2 RNI Malaysia 2017, untuk dewasa 18-59 tahun.
3 RNI Malaysia 2017, untuk lelaki dan perempuan 19-50 tahun
4 1 telur ayam keseluruhan (53g). Komposisi Nutrisi Makanan Malaysia