Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Generasi Aktif​ Bersama Azim Wahab

Azam

Azim Wahab

Dari hobi jadi gaya hidup.

Walaupun mempunyai kerjaya sebagai jurufoto profesional, Azim Wahab masih meneruskan hobinya mengayuh basikal untuk menjaga staminanya. Minatnya telah membawanya berbasikal mengelilingi Malaysia!
 

5 Inspirasi Daripada Azim 

Baru 5 bulan berbasikal, dah kayuh sejauh 200km!

“Kayuhan paling jauh ialah 200km pada 13 Januari 2019, ketika itu saya baru 5 bulan dalam berbasikal, kayuhan dari Shah Alam ke Port Dickson”.
 

image1
image2

Berbasikal 3 kali seminggu untuk maintain fit.

“Saya kerap cycling sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu untuk kekal stamina”.

Lebih bersemangat bila lakukan aktiviti berkumpulan

“Group Bonkers Cycling Club ini banyak mengadakan aktiviti yang bersesuaian dengan saya, tambahan pula group ini lebih menitikberatkan semangat berpasukan dan membantu satu sama lain.”

image3

Pelbagaikan aktiviti untuk kekalkan minat

Selain aktiviti berbasikal, Azim juga melakukan aktiviti atas padang untuk keanekaan.

Motivasi daripada kawan timbulkan keseronokan

Azim mula berbasikal atas ajakan daripada kawan-kawan namun lama-kelamaan, ia menjadi minatnya sendiri dan dia mula berkongsi minat ini dengan kawannya yang lain pula.

Galeri

image4
image5
image6

Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda? Ketekunan, komitmen dan sifat cekal yang sejati adalah kunci untuk mendaki tangga kejayaan. Jalan menuju kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan kecekalan yang sejati, anda dapat mencapai matlamat anda dengan lebih cepat. Seperti ikon-ikon MILO® Generasi Aktif, mereka mempunyai kesihatan fizikal dan minda yang positif untuk mendorong mereka melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Kita pasti akan menghadapi stres dan tekanan apabila menempuhi sebarang rintangan. Oleh itu, keperibadian yang positif boleh membantu kita menangani apa-apa tekanan dengan lebih baik. Jadi, apakah cara-cara untuk kita membina keperibadian yang positif ini? Jawapannya adalah dengan kekal aktif melalui bersukan, sama seperti yang dipraktikkan oleh ikon MILO® Generasi Aktif. Aktiviti sukan dapat melatih kita untuk menjadi tangkas dan fleksibel secara fizikal, sekali gus dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti bekerjasama dan mengatur strategi.

Ikuti perkongsian Azim Wahab dari MILO® Generasi Aktif tentang pengalamannya menerokai Malaysia sebagai jurugambar profesional dan atlet basikal.

KEKAL CEKAL UNTUK MENGEJAR IMPIAN ANDA
Sifat cekal itu ada dalam semangat yang berkobar-kobar dan ketabahan untuk menghadapi sebarang cabaran dalam mengejar cita-cita anda. Dengan MILO® Generasi Aktif, anda boleh dapatkan inspirasi untuk terus membina kekuatan fizikal dan nilai positif yang boleh membawa anda pergi lebih jauh!

KEBERANIAN
Pupuk keberanian dalam diri anda dengan menjadi individu yang tidak gentar dalam mengambil risiko bagi mencuba sesuatu yang baru

BERCITA-CITA TINGGI
Pastikan anda mempunyai impian yang besar. Terus bersungguh-sungguh dan komited dalam memastikan segala impian anda menjadi kenyataan.

KEGIGIHAN
Pastikan anda mempunyai keinginan untuk terus berusaha tanpa berfikir untuk berputus asa dalam mencapai matlamat anda — dapatkan inspirasi daripada MILO® Generasi Aktif sekarang.

KERAJINAN
Apabila keadaan menjadi sukar, perkara yang sukar itu juga akan beransur pergi. Jadi, kekalkan ketabahan anda dalam setiap rintangan dalam usaha menggapai impian.

KEKUATAN
Pastikan anda mempunyai perancangan yang jelas dan praktikal untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi mencapai matlamat jangka panjang.

KECEMERLANGAN
Kecemerlangan bukanlah terletak pada mengejar kesempurnaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah langkah dalam melakukan usaha yang konsisten demi mencapai kejayaan hari demi hari dalam mana-mana bidang, sama seperti ikon kami dalam MILO® Generasi Aktif.