KISAH MILO®

DARI MITOS MENJADI MINUMAN SEISI RUMAH

 

Ingin tahu lebih tentang kisah MILO®? Inilah kisah MILO® yang menyeronokkan di sebalik imej produknya— asal-usul MILO® boleh dikesan kembali kepada mitos Yunani purba!

Bayangkan seorang individu yang memiliki kekuatan sehingga berkemampuan memikul seekor kerbau di bahunya. Dikatakan pada abad ke-6, seorang atlet yang bernama Milo dari bandar Croton mempunyai kekuatan sedemikian. Dengan kekuatan itulah dia berjaya memenangi enam acara Olimpik dan banyak lagi gelaran lain.

Setiap krisis memberikan peluang untuk berinovasi dalam keadaan yang mencabar, dan keadaan sebegini merupakan pemangkin penting yang membentuk kisah MILO®. Pada tahun 1934, ketika zaman kemelesetan ekonomi ‘The Great Depression’ (Kemelesetan Besar), ramai kanak-kanak mengalami pemakanan kurang sihat dan kekurangan nutrisi. Pada masa itu, bekalan makanan amat kurang akibat penurunan mendadak dalam pengeluaran perindustrian dan harga, pengangguran beramai-ramai dan peningkatan kadar kemiskinan. Keadaan sedemikian mengilhamkan ahli sains pemakanan dari Nestlé Australia, Thomas Mayne, untuk mencipta serbuk minuman malt coklat untuk membantu membekalkan kanak-kanak tenaga. Dengan inspirasi mitos Milo, maka muncullah sebuah jenama dan minuman yang kemudiannya menjadi terkenal seluruh dunia, membina asas yang kukuh untuk pembentukan kisah MILO®.

 

milo 1950

Kini, MILO® dihasilkan di lebih daripada 24 buah kilang seluruh dunia dan dijual di lebih daripada 40 buah negara. Rasa malt coklat unik MILO® memang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira usia.

Nikmati secawan MILO® yang penuh dengan khasiat untuk sarapan pagi, ataupun penghilang dahaga yang baik selepas bersukan dan teman untuk sesi belajar lewat malam. MILO® boleh dihidang sejuk atau panas pada bila-bila masa sepanjang hari! Kami telah mencipta pelbagai resipi MILO® yang kreatif dan lazat untuk membantu anda meningkatkan tenaga dan selera!

Bagaimana kami mengekalkan kebaikan dan kelazatan dalam setiap hidangan MILO®? Pemprosesan mula dengan pilihan bahan semulajadi untuk menjadikan bahan-bahan menghasilkan produk MILO® yang mepunyai kandungan nutrisi sihat dan seimbang. Kami juga memastikan proses penghasilan mengikut prosedur kawalan kualiti yang rapi bagi memastikan setiap cawan MILO® yang dinikmati anda penuh dengan khasiat.

MILO tin timelinetimeline

About MILO

Kisah MILO® juga berkait rapat dengan sejarah negara kita. MILO® telah berkembang seiring dengan negara kita dan menjadi sebahagian daripada warisan sukan Malaysia selama lebih dari 60 tahun. Malah, ramai atlet kebangsaan memulakan kerjaya sukan mereka melalui program sukan akar umbi MILO®. Imej jenama kami seiring dengan usaha kami membangunkan bidang sukan bagi menggalakan para atlet melangkah jauh dan menempuh segala kesusahan sehingga mencapai kejayaan.

Bukan itu sahaja, MILO® juga terus berusaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya memenuhi potensi mereka. Misi kami adalah menjadikan anda sebagai individu yang penuh dengan tenaga – bukan sekadar tenaga positif yang memberi keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik, tetapi juga tenaga fizikal untuk menempuh hari anda yang kian aktif dan sibuk.


Hari ini gigih bersukan, hari esok kuasai kehidupan! Tidak kira umur anda, anda amat diggalakkan belajar sukan yang baru untuk memastikan badan lebih cergas dan minda lebih cerdas. Amat penting ibu bapa mendorong anak-anak menceburi bidang sukan untuk menyemai nilai-nilai seperti keazaman, ketabahan, ketabahan dalam jati diri mereka supaya berani menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan dan terus memacu ke arah kejayaan.

 

Tidak kira apa yang anda ingin jayakan dalam bidang sukan, akademik ataupun kerjaya, MILO® setia menyokong usaha anda untuk mengatasi kesusahan sehingga berjaya. Dengan setiap cawan MILO® yang penuh dengan kebaikan berkhasiat, anda boleh menikmati pencapaian sebenar dalam sukan dan juga kehidupan! Dapatkan inspirasi daripada kisah MILO® yang menarik, dan minum MILO® setiap hari untuk mendapatkan tenaga untuk melangkah jauh!

about MILO about MILO