Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

MEMPERKENALKAN MILO® KURANG GULA DENGAN RESIPI DIPERBAHARUI

MILO® YANG SESUAI DENGAN GAYA HIDUP ANDA

less sugar
less sugar 25%

25% Kurang Gula*

MILO® Kurang Gula dirumus khas untuk mengekalkan rasa MILO® yang unik tapi dengan kurang kandungan gula.

high in calcium

Tinggi Kalsium

Membantu mengekalkan ketumpatan tulang.

source of protein

Sumber Protein

Untuk memperbaiki otot dan tisu selepas seharian menjalani pelbagai aktiviti.

energy of milo

Tenaga berkhasiat MILO®

Penuh dengan nutrien penting termasuk Vitamin B yang membantu pembebasan tenaga efisien dari makanan.

*Berbanding MILO® biasa

APAKAH KANDUNGAN GULA DALAM MILO® KURANG GULA?

Less Sugar


 

60% gula yang terkandung di dalam MILO® Kurang Gula adalah berasal daripada susu (laktosa) dan malt (maltosa).

 Setiap HidanganSetiap Hidangan (27g)
Jumlah Gula
termasuk:
30.0g6.3g
Sukrosa12.0g2.3g
Laktosa9.0g2.2g
Maltosa9.0g1.9g

SOALAN LAZIM

MILO® Kurang Gula ialah produk baharu dalam rangkaian produk kami. Ia mengandungi 25% kurang gula berbanding MILO® biasa. MILO® Kurang Gula dirumus khas untuk mengekalkan rasa MILO® yang unik, tapi dengan kurang kandungan gula.

Ia tinggi dengan kalsium, yang membantu mengekalkan ketumpatan tulang. Kandungan kalsium (setiap 100g) produk ini merupakan yang tertinggi berbanding produk MILO® yang lain.

Ia juga merupakan sumber protein yang memperbaiki otot dan tisu selepas seharian menjalani pelbagai aktiviti.

Pada masa yang sama, MILO® Kurang Gula tetap membekalkan tenaga berkhasiat seperti MILO® biasa, di samping kaya dengan nutrien penting termasuk Vitamin B yang membantu pembebasan tenaga yang efisien dari makanan.

Setiap hidangan (27g) MILO® Kurang Gula mengandungi 6.3g jumlah gula (1.5 sudu teh), di mana 60% daripadanya adalah dari sumber semulajadi iaitu susu dan malt (4.8g). Garis panduan pengambilan nutrien Malaysia mencadangkan pengambilan gula tambahan (bebas) kurang daripada 10 sudu teh untuk orang dewasa dan kurang daripada 8.5 sudu teh untuk kanak-kanak sehari.

MILO® Kurang Gula mengandungi 25% kurang gula berbanding dengan MILO® Kosong. MILO® Kosong adalah serbuk MILO® biasa yang dipek dalam pek mudah disediakan tanpa perlu menambah gula atau susu.

Dalam rangkaian produk MILO®, kami menyediakan pelbagai pilihan untuk citarasa dan keperluan pengguna yang berbeza! MILO® Kurang Gula dirumuskan untuk penggemar MILO® tetapi mahukan kurang kandungan gula.

Kandungan gula di dalam minuman MILO® semuanya ada dinyatakan pada panel maklumat pemakanan yang terdapat pada bahagian belakang bungkusan produk MILO® kami.

Produk Nestlé Malaysia tidak mengandungi sirap jagung berfruktosa tinggi.

Ya, semua produk MILO® memenuhi kriteria nutrien Logo Pilihan Lebih Sihat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini bermakna MILO® mempunyai kandungan lemak dan gula yang lebih rendah berbanding dengan produk lain tanpa logo HCL dalam kategori minuman malt.

GULA TAMBAHAN VS GULA SEMULAJADI:
APAKAH PERBEZAANNYA?


less sugar combined

less sugar 1

Gula Tambahan

Gula ditambah semasa penyediaan atau pemprosesan makanan seperti gula pasir.

 
VS

less sugar 2

Gula Semulajadi

Gula semulajadi yang terkandung dalam makanan, seperti laktosa dalam susu, malt dan fruktosa dalam buah-buahan & sayur-sayuran yang segar.

Jumlah gula merujuk kepada jumlah gula tambahan berserta dengan gula semulajadi yang terkandung dalam produk makanan anda.
less sugar bubbleless sugar bubble 
adult


Dewasa

Maksimum 10 sudu teh***

child


Kanak-kanak

Maksimum 8.5 sudu teh***

*** Seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan garis panduan pemakanan Malaysia, berdasarkan 2000kcal (Dewasa) & 1700kcal (Kanak-kanak)
less sugar conclusion 

Buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu mengandungi gula dan pelbagai nutrien bermanfaat, jadi anda tidak perlu mengelak pengambilan gula sepenuhnya. Apa yang penting adalah ambil kumpulan makanan ini mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
 

MILO® Less Sugar baharu dirumus dan diperkenalkan bagi memenuhi kepelbagaian citarasa dan keperluan anda. Sekarang, anda boleh menikmati kebaikan MILO® yang kurang gula, untuk gaya hidup yang aktif dan bertenaga.