MILO® HI-FIBRE BAHARU
Mulakan hari anda dengan kebaikan MILO® Hi-Fibre dan kekalkan gaya hidup aktif anda.
Berani terus melangkah kini dengan tenaga daripada MILO® Hi-Fibre!


TINGGI DENGAN SERAT
Setiap hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre mengandungi 3.7g serat. Produk ini memenuhi 12% keperluan serat seharian*.
*Berdasarkan 30g serat seharian. RNI 2017 mencadangkan pengambilan 20 30g serat seharian.

~½ SUDU KECIL GULA (SUKROSA)*
Setiap hidangan (30g) mengandungi hanya lebih kurang ½ sudu kecil gula tambahan berbanding serbuk MILO® yang biasa.
*2.9g sukrosa bagi setiap hidangan. 1 sudu kecil = 5g

RASA HEBAT MILO® YANG DIGEMARI
Tiada rasa setanding MILO® asli!

MEMENUHI KRITERIA LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT MALAYSIA

KHASIAT DAN KEBAIKAN MILO® DIKEKALKAN

BARLI MALT
Berasal daripada barli dan merupakan sumber tenaga

SUSU
Sumber protein & kalsium

KOKO
Memberi rasa coklat

ACTIV-GO®
Gabungan PROTOMALT®, 6 vitamin dan 3 mineral
SOALAN LAZIM
MILO® Hi-Fibre merupakan keluaran terbaharu dalam rangkaian inovasi produk kami yang semakin berkembang dan memenuhi keperluan, kehendak serta cita rasa pengguna yang berubah.
Seperti serbuk MILO® yang biasa, MILO® Hi-Fibre mengekalkan kebaikan barli malt, susu dan koko serta vitamin dan mineral penting.
Di samping itu, MILO® Hi-Fibre mengandungi lebih kebaikan. Ia mengandungi serat yang lebih tinggi dan ~½ sudu kecil gula (sukrosa) berbanding serbuk MILO® yang biasa.
MILO® Hi-Fibre juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna MILO® Hi-Fibre mempunyai kandungan jumlah gula dan lemak yang lebih rendah, manakala kandungan serat yang lebih tinggi berbanding dengan produk tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat yang lain dalam kategori minuman malt serbuk yang sama.
Serat dalam MILO® Hi-Fibre berasal daripada serat jagung terlarut dan koko.
Serat merupakan komponen penting dalam pemakanan yang seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.
Namun begitu, pengambilan serat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah rendah secara keseluruhannya:
- 9 daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran – iaitu sumber serat yang penting – dengan mencukupi.
- MILO® Hi-Fibre dirumuskan dengan kandungan serat yang tinggi untuk membantu mengurangkan jurang ini.
Satu hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre memenuhi 12% pengambilan serat makanan harian yang disyorkan*.
Sama seperti serbuk MILO® yang biasa, MILO® Hi-Fibre juga mengandungi 6 vitamin (termasuk vitamin-vitamin B, C dan D) dan 3 mineral (kalsium, zat besi dan fosforus) yang penting untuk membantu pembebasan tenaga daripada makanan.
MILO® Hi-Fibre mempunyai rasa hebat malt coklat MILO® yang digemari ramai sejak turun-temurun.
Maklum balas menunjukkan pengguna kami menggemari rasa MILO® Hi-Fibre seperti mana mereka menggemari rasa serbuk MILO® yang biasa.
Ia hanya mengandungi 2.9g atau ~½ sudu kecil* gula tambahan (sukrosa) dalam satu hidangan (30g) MILO® Hi-Fibre.
Saiz hidangan yang dicadangkan ialah 30g (dibancuh dengan 200ml air panas).
MILO® Hi-Fibre mempunyai kandungan serat yang lebih tinggi berbanding MILO® Less Sugar. Manakala, kandungan gula tambahan (sukrosa) dalam kedua-dua produk adalah hampir sama, iaitu kira-kira ½ sudu kecil*.
Cara penyediaan:
Letakkan 6 sudu kecil (30g) serbuk MILO® Hi-Fibre ke dalam cawan dan bancuh dengan 200ml air panas (80°C).
Tidak perlu tambah gula/krimer kerana rasanya sudah sedap begitu sahaja!
Harga runcit yang disyorkan bagi satu pek ialah RM22.45 untuk MILO® Hi-Fibre 900g dan RM11.40 untuk MILO® Hi-Fibre Mixes.
Tidak, kedua-dua produk akan terus berada di pasaran.
MILO® Hi-Fibre merupakan keluaran terbaharu dalam rangkaian inovasi produk kami yang semakin berkembang dan memenuhi keperluan, kehendak serta cita rasa pengguna yang berubah.
Rakyat Malaysia kini diberikan lebih banyak pilihan dengan satu lagi produk MILO® yang berkhasiat.