MILO® SAYANG BUMI

MILO® Sayang Bumi 

APA ITU MILO® SAYANG BUMI

Untuk lebih 70 tahun, MILO® terus membekalkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dengan tenaga yang dipenuhi kebaikan untuk melangkah jauh. MILO® menganggap Malaysia sebagai jiwanya, dan kini bila ia berdepan dengan masalah pencemaran, kita perlu lakukan perubahan deminya. Berjuta-juta rakyat Malaysia menikmati MILO® setiap hari – maka, setiap hari kita boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu demi Bumi kita.

MILO® Sayang Bumi adalah janji kami untuk menyokong kelestarian alam sekitar dengan mengambil langkah aktif untuk menjadikan produk dan proses kami lebih mesra alam demi kebaikan Bumi kita. Ia adalah titik permulaan perjalanan demi Bumi yang lebih hijau. Dengan tangan terbuka, MILO® ingin mengajak anda untuk sertai perjalanan kami demi Bumi yang lebih hijau dan lestari.

SEPERTI PERJALANAN BERIBU BATU, IA BERMULA DENGAN SATU LANGKAH

 
Pencemaran plastik dan perubahan iklim mengancam kelestarian bumi kita dan juga generasi akan datang. Namun, ada sesuatu yang kita semua boleh lakukan jika kita gunakan tenaga dan usaha kita semua untuk kebaikan bersama demi Bumi kita, hari ini.

Melalui kempen ini, kami akan memperkenalkan inisiatif yang lebih mesra alam kepada rakyat Malaysia supaya boleh melakukan perubahan untuk aspirasi global Nestle demi impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030:
  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan serta saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam yang boleh diperbaharu

Terdapat beberapa inisiatif yang kami akan lakukan untuk mencapai matlamat ini:

APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN HARI INI!

Memelihara alam sekitar itu memang perlu menjadi tanggungjawab bersama. Apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita lakukannya demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna. Oleh itu, mainkan peranan anda hari ini untuk memastikan bumi kita sentiasa sihat dan dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Sertailah inisiatif-inisiatif kami dan sama-sama kita pelihara bumi!
paper straw
Straw Kertas MILO® UHT

Ketahui tentang pek minuman mesra alam untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Project CAREton
Projek CAREton

Ketahui bagaimana kami mengubah pek minuman menjadi genting atap dan papan panel untuk mereka yang memerlukan.

Stik Pek XChange
Program Stik Pek X-Change

Sertai kami untuk mengurangkan jejak karbon dan melestarikan alam sekitar. Kumpul, X-change dan kitar semula MILO® stik pek sekarang!