KITAR SEMULA UNTUK MASA DEPAN.

careton logo 

Nama ‘CAREton’ pada kempen kitar semula ini adalah daripada gabungan perkataan ‘CARE’ (prihatin) dan ‘CARTON’ (karton). Oleh itu, Projek CAREton ini adalah kempen kitar semula karton minuman terpakai inisiatif MILO® Kotak dan Tetra Pak bagi mengguna semula kotak minuman kepada jubin atap ‘hijau’ serta papan panel yang boleh digunakan oleh golongan yang memerlukan. Tujuan kempen ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap kebaikan kitar semula kepada alam sekitar, dan bagaimana ia dapat memberi impak positif kepada komuniti di sekeliling kita.

 

project 1project 1
project 2project 2

JOM MULAKAN HARI INI:

careton step 1

Langkah 1
Masukkan straw

Masukkan selepas minum

careton step 2

Langkah 2
Flip

Lipat bahagian tepi

careton step 3

Langkah 3
Flap

Dan juga bahagian bawah

careton step 4

Langkah 4
Flat

Kempiskannya!

Kemudian, hantar ke lokasi pengumpulan!
Mudah kan? Anda bukan saja akan membantu memelihara alam sekitar, anda juga membantu golongan yang memerlukan. Mulakannya hari ini!

INI PROSES PENUHNYA

Anda bukan saja akan membantu memelihara alam sekitar, anda juga membantu golongan yang memerlukan. Mulakannya hari ini!

 

careton mapcareton map mobile

LOKASI PUSAT PENGHANTARAN

JOHOR

NAME
DROP-OFF POINTS
SWM Management (Johor Bahru)
6, Jalan Kangkar Tebrau, Kawasan Kampung Sri Purnama 81100 Johor Bahru


 

FAQ


 

Ia  adalah kempen kesedaran kitar semula yang mengumpulkan karton minuman terpakai untuk dikitar semula menjadi bumbung yang akan didermakan kepada EPIC Homes untuk membantu komuniti Orang Asli. Kempen ini untuk menggalakkan orang ramai lebih mesra alam sambil membantu golongan yang memerlukan.

Semua pek MILO® UHT akan dikumpulkan di bawah rangkaian CAREton Partners. Kemudian, ia akan dibawa ke kilang dan diproses menjadi jubin bumbung yang akan digunakan oleh EPIC Homes untuk membina rumah untuk komuniti Orang Asli.

Kotak minuman Tetra Pack mengandungi 75% kertas, 20% plastik dan 5% aluminium. Kesemua bahan ini akan diasingkan di pusat kitar semula kepada kertas (pulpa) serta plastik dan aluminium (Poly Al). Poly Al inilah yang akan diproses menjadi papan panel leper kemudian dibentuk menjadi jubin bumbung.

Jubin bumbung yang dihasilkan daripada MILO® UHT ada pelbagai faedah struktur dan teknikal seperti tahan api, penebat bunyi dan haba yang baik.

Selain daripada menjaga alam sekitar, Projek CAREton membantu untuk membina jubin bumbung kepada golongan yang memerlukan. Jom sertai kami dalam usaha ini!

Semak lokasi berhampiran anda dengan melayari laman web www.recycle-easy.com.my

Mudah saja! Hanya perlu isi borang pendaftaran dan wakil Tetra Pack akan hubungi dan mengesahkan status anda. Untuk maklumat lanjut, layari CAREton Collection Partner.

Ramai masih memandang remeh tentang impak kempen kitar semula terhadap kelestarian alam sekitar kita. Kitar semula kini hanya dianggap sebagai aktiviti mengumpul dan mengasingkan sampah sarap yang tidak akan membawa apa-apa perubahan pada dunia kita.
Sebenarnya, kempen kitar semula ini ada macam-macam manfaat jika dilakukan bersama. Pelajari kebaikan kitar semula dan bagaimana ia dapat memberi impak positif pada alam sekitar kita.

Mengurangkan Kebergantungan Tempat Pembuangan Sampah

Anda pernah terfikir ke mana semua sampah sarap kita pergi? Semua sisa makanan dan barangan yang kita buang akan memenuhkan banyak ruang di tempat pembuangan sampah. Oleh itu, lebih banyak populasi di dunia ini, lebih banyak ruang diperlukan untuk menampung sisa-sisa yang kita keluarkan. Dan semakin banyak sisa yang ada, semakin banyak tanah di muka bumi ini perlu dijadikan tempat pembuangan sampah.

Bayangkan pelbagai taman rekreasi, tempat tinggal, dan pusat awam yang boleh dibina di atas jutaan ekar tanah yang hanya disediakan untuk menampung sisa harian kita. Itulah antara kebaikan kempen kitar semula, kerana ia dapat mengalakkan orang ramai untuk mengurus sisa buangan kita dengan baik. Jika ramai melakukan kitar semula, lebih banyak sisa yang diasingkan akan digunapakai semula. Kesannya, kebergantungan sisa buangan ini terhadap tempat pembuangan sampah akan berkurangan.

Apabila kebergantungan terhadap tempat pembuangan sampah berkurang, lebih banyak tanah dapat dimanfaatkan untuk kegunaan orang awam. Oleh itu, memupuk budaya kitar semula dapat menjadi salah satu ikhtiar untuk kita memastikan tanah kita yang ada dapat digunakan sebaik mungkin daripada ia hanya menjadi tempat untuk menampung sisa buangan semata-mata.


Kempen Kitar Semula MILO

Mungkin anda tidak pasti bagaimana nak mula mengamalkan kitar semula dalam kehidupan anda. Memupuk amalan kitar semula ini dalam kalangan orang berhampiran kita juga boleh menjadi satu cabaran, kerana amalan ini masih tidak dibiasakan oleh ramai orang. Walau bagaimanapun, anda dapat memberi impak yang bermakna kepada planet kita dengan memulakan inisiatif ini langkah demi langkah. Mulakan dengan menyertai kempen kitar semula Projek CAREton MILO® Kotak sekarang sebagai langkah pertama anda menyemai budaya kitar semula dalam kehidupan anda.