MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN PLASTIK

DIPERBUAT DARIPADA SUMBER YANG DIIKTIRAF

Nestlé Malaysia dengan bangganya mengumumkan kami adalah Syarikat Makanan dan Minuman pertama di Malaysia yang memperkenalkan inovasi pek minuman supaya ia lebih mesra alam!

Kami telah menggunakan 100% straw kertas bagi seluruh rangkaian MILO UHT. Ianya lebih mesra alam dan memenuhi standard kualiti produk Nestlé yang ketat dalam memastikan keselamatan pengguna terjamin. Inisiatif ini dapat mengurangkan sebanyak 200 juta straw plastik setahun.

Walaupun ianya nampak mudah, penggunaan straw kertas boleh membawa perubahan yang besar pada kelestarian alam sekitar jika dilakukan bersama. Justeru, kami ingin mengajak semua supaya berganding bahu dan sertai usaha kami hari ini. Bersama, kita pasti boleh berusaha demi Bumi yang lebih hijau untuk generasi akan datang.
Produk yang Datang Bersama Straw Kertas:
MILO Paper Straw Product

FAQ

Kami adalah Syarikat Makanan dan Minuman di Malaysia yang pertama untuk memperkenalkan straw kertas dengan pek minuman kami.
Sejak 2020, 100% daripada produk MILO® UHT telah bertukar kepada straw kertas untuk mengurangkan penggunaan 200 juta straw plastik setiap tahun. Kini, 65% daripada jumlah bungkusan plastik Nestle Malaysia direka untuk dikitar semula. Ini seiring dengan janji kami untuk memastikan bungkusan kami adalah 100% boleh dikitar semula dan diguna semula menjelang 2025.

Straw kertas kami dibuat daripada kertas yang telah disahkan oleh Majlis Pengawasan Hutan (FSC) dari pembekal bertanggungjawab yang memenuhi garis panduan dan standard yang ketat.

Kami komited untuk memastikan peralihan kami tidak mengakibatkan penebangan hutan baru dan tidak diperoleh daripada pembekal yang tidak bertanggungjawab.

Salah satu daripada beberapa inisiatif kami sebagai sebahagian daripada penyelesaian luas kami untuk mengurangkan sisa pembungkusan plastik dengan cara yang memberi kesan dan mesra alam.
Kami telah melakukan soal selidik menggunakan ptototaip dan mendapati yang straw kertas kami cukup kukuh untuk tempoh yang diperlukan pengguna untuk meghabiskan sesuatu produk.

Straw pada pek MILO® UHT dibuat daripada kertas dan selamat digunakan untuk minum.

Kertas yang kami gunakan dari pelbagai pembekal di seluruh dunia yang mematuhi garis panduan penyumberan yang ketat dan dari pembekal yang membekalkan kertas mendapat kelulusan dari FSC.

TPek MILO® UHT secara keseluruhan boleh dikitar semula. Masukkan straw kertas ke dalam, kemudian lakukan 3 langkah mudah ini:

Langkah 1 - Flip bahagian tepi

Langkah 2 – Flap bahagian bawah

Langkah 3 - Flat kempiskannya, dan masukkan ke tong kitar semula kertas yang terdekat!

Pembalut plastik digunakan untuk memastikan straw kertas dilindungi dari kelembapan dan pencemaran, dan selamat digunakan semasa minum. Bahan yang digunakan untuk pembalut plastik seperti pek MILO® UHT yang lain juga boleh dikitar semula sepenuhnya?