ANUGERAH MSSM-MILO®

MSSM logo

Mereka penuh semangat, tak pernah gentar, dan memberi inspirasi. Merekalah pemenang-pemenang Anugerah KPM-MSSM-MILO®. Anugerah tahunan ini diberikan kepada atlet-atlet muda berbakat yang berpotensi untuk membanggakan negara, dan juga kepada individu-individu yang telah memberi motivasi kepada mereka. Daripada ribuan atlet, mereka telah dicalonkan kerana telah menunjukkan prestasi tinggi dalam bidang sukan mereka. Tahun ini, para pemenang dipilih berdasarkan pencapaian hebat mereka terutamanya dalam Kejohanan MSSM, Kejohanan Peringkat Antarabangsa serta ciri-ciri juara yang mereka tampilkan. Tahniah dan semoga mereka terus memberi inspirasi buat rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan serta kekal aktif.

Kerjasama dengan KPM dan MSSM ini adalah salah satu inisiatif MILO® Aktif Negaraku - sebuah panggilan buat rakyat Malaysia untuk bergerak aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mempelajari nilai-nilai murni yang membantu untuk membentuk peribadi terbaik.