Pelajari nilai sukan daripada Siri Playbox Pek Milo® UHT anda!
Pek MILO® UHT edisi terhad kini dengan dua versi! Stadium Foosball Mini dan Stadium Basketball Mini ini datang bersama 12 kotak MILO® UHT 200ml. Masa untuk main bersama dan rebut gelaran juara di rumah. Anak anda bukan sahaja mendapat kebaikan barli malt, susu dan koko, malah dapat mempraktikkan kemahiran kesenian dan kraf tangan sambil belajar nilai-nilai kesukanan.
SOALAN LAZIM
Siri Playbox MILO® UHT mengandungi 12 pek MILO® UHT 200ml dan kit edisi terhad yang bergantung pada sukan dan Stadium Mini yang dipilih semasa pembelian. Bina stadium bersama seisi keluarga untuk mengeratkan lagi ikatan ibu bapa dan anak di rumah melalui kreativiti, kebaikan MILO® dan nilai sukan!
Anda boleh merujuk video tutorial di laman web kami, YouTube atau memuat turun cara pemasangan melalui pautan di bawah.
Sama juga dengan MILO® UHT yang kita suka, kotak Siri Playbox MILO® UHT ini boleh dikitar semula sepenuhnya.