Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Background
Winners Masthead
INISIATIF KELESTARIAN
MILO® TENAGA UNTUK KEBAIKAN 2025
MILO® TENAGA
UNTUK KEBAIKAN 2025

PENGUMPUL TERTINGGI

SK KEBANGSAAN
PUTRAJAYA
PRESINT 18(1)

991.15
JUMLAH
MATA

PENGUMPUL TERTINGGI MENGIKUT NEGERI

WP KUALA LUMPUR
SK JENIS KEBANGSAAN (CINA) LA SALLE
427.75
POINTS

PENANG
SJKC BENG TEIK (PUSAT)
267
POINTS

KELANTAN
SK PANGGONG
165.9
POINTS

SELANGOR
SK SRI KELANA
148.82
POINTS

KEDAH
SK TAMAN SELASIH
94.3
POINTS

TERENGGANU
SK CHENEH BARU
91.9
POINTS

PAHANG
SK TEMERLOH JAYA
81.3
POINTS

MILO® ENERGY FOR GOOD 2025 MALAYSIA

MILO® TENAGA UNTUK
KEBAIKAN 2025

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Projek CAREton telah berjaya mengitar semula lebih dari 5,400 tan karton minuman terpakai, yang bersamaan dengan 450 juta pek UHT. Barangan yang telah dikitar semula ini seperti panel PolyAI dan jubin atap memainkan peranan penting dalam pelbagai projek pembinaan seperti pembinaan laluan yang beratap, pembaikan atap, dan pembinaan tempat tinggal bagi komuniti kurang kemampuan, termasuk Orang Asli.

Tahun ini, kami berbesar hati untuk meluaskan usaha kami kepada generasi muda, terutamanya kepada pelajar sekolah.

Memperkenalkan MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, kempen baharu yang dicipta untuk menginspirasi dan melibatkan generasi muda dalam mengamalkan ekonomi kitaran. Dengan menggabungkan proses kitar semula dan sukan, kami bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi pelajar untuk bersukan dan belajar.

SPOC

Tetra Pak®

Mempromosikan usaha kitar semula dengan meningkatkan kesedaran mengenai kotak minuman terpakai (UBC).

KPT Packaging Sdn Bhd

KPT Packaging Sdn Bhd

KPT akan mengumpul dan merekod berat kotak minuman terpakai (UBC) dan menghantarnya ke pusat kitar semula, di mana ia akan diproses menjadi kertas dan polyAl (polyethylene dan aluminium).

AFN Sports

AFN Sports

Transformasi polyAl kepada peralatan sukan baharu dilaksanakan oleh para pakar di sini.

The Careton Project

The CAREton Project

Sejak tahun 2012, dengan kerjasama Tetra Pak Malaysia, lebih 5,400 tan karton minuman terpakai (bersamaan dengan 450 juta pek minuman UHT) telah dikumpulkan dari lebih 700 lokasi di seluruh negara, yang kemudiannya dikitar semula menjadi polyAl (polyethylene dan aluminium) untuk dijadikan jubin bumbung dan papan panel. Inisiatif ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup bagi komuniti kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan pembinaan yang mesra alam.

Program Sekolah Projek CAREton

Sejak pelancarannya pada tahun 2019, Program Sekolah Projek CAREton merupakan kempen kitar semula berperingkat kebangsaan yang melibatkan lebih daripada 600 buah sekolah dalam pengumpulan dan kitar semula kotak minuman terpakai (UBC). Melalui program ini, murid-murid diperkenalkan dengan teknik “flip, flap, flat” untuk membersih dan meratakan kotak sebelum dikitar semula dengan betul. Kotak UBC yang dikumpul akan diproses menjadi papan panel polyAl dan jubin bumbung, yang kemudiannya disalurkan kepada komuniti Orang Asli. Lokasi pengumpulan yang diwujudkan bersama rakan strategik turut memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kitar semula yang berterusan.

Pengembangan ke Pantai Timur

Sebagai langkah seterusnya untuk projek CAREton, MILO® Tenaga Untuk Kebaikan diperkenalkan, dilancarkan di lima sekolah inkubator di Pantai Timur, termasuk SK Durian Burung di Terengganu. Sekolah-sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan sukan yang tahan banjir, direka khusus untuk kawasan monsun, bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar belajar dan bersukan.

Pengembangan MILO® Tenaga Untuk Kebaikan

Tahun ini, kami akan memperluaskan pelaksanaan program inisiatif ke 201 buah sekolah perintis di seluruh Malaysia, untuk tujuan memupuk tabiat kitar semula dan meningkatkan kesedaran murid terhadap penjagaan alam sekitar —bermula dengan pengitaran semula kotak MILO® UHT harian mereka. Ia bukan sahaja membentuk amalan positif, tetapi juga membina persekitaran sekolah yang lebih bersih dan hijau.