Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

IDEA RESIPI BENTO BOX

#SUKUSUKUSEPARUH

Resipi MILO® Bento Box dihasilkan mengikut panduan hidangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat. Konsep #sukusukuseparuh digunapakai dalam setiap resipi Bento Box untuk membantu membekalkan nutrien dan tenaga buat anak anda memulakan harinya.

DAH AMALKAN #SukuSukuSeparuh?

 
Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep #SukuSukuSeparuh adalah penting untuk memastikan anda mendapat khasiat seimbang. Gunakan panduan ini apabila anda sediakan makanan:
 
Suku (Protein)
Protein sebesar saiz tapak tangan

Suku (Karbohidrat)
Karbohidrat sebesar genggaman anda

Separuh (Buah & Sayur)
Buah & Sayur sebanyak secekup tangan

Nak lengkapkan hidangan anda dengan minuman?
Padankan dengan MILO® untuk tenaga!

 
Suku suku separuh

IDEA RESIPI

Sediakan resipi yang mudah, berkhasiat serta menyelerakan ini untuk anak anda, bersama MILO® UHT supaya dia kekal aktif di sekolah!
Cuba resipi menyeronokkan Bento Box bersama anak anda hari ini!

Popiah Pelangi
Hiasan
SPRING ROLL
  • 6 keping Kulit Popiah
  • 3 keping Salad Mentega
  • 1/2 cawan Lobak
  • 1/2 cawan Tomato
  • 1/2 cawan Timun
  • 1/2 cawan Mangga
  • 1/2 cawan Dada Ayam
SAUCE
  • 1.5 sudu besar Mentega Kacang
  • 1 perahan Jus Limau
  • 1 sudu kecil Madu
  • 1 sudu besar Kicap 
CARA PENYEDIAAN
  1. Isi air suam ke dalam mangkuk besar, celupkan kulit popiah perlahan-lahan selama sesaat untuk lembutkannya dan bentangkan di atas papan alas yang bersih.
  2. Sebaris dengan tengah, letakkan sekeping salad kemudian diikuti dengan lobak, tomato, kobis, timun, mangga dan ayam yang dicincang.
  3. Lipat bahagian yang terbuka ke dalam, kemudian gulungkan kulit popiah dari bawah ke bahagian atas. Ulang dengan bahan-bahan lain.
  4. Di dalam mangkuk kecil, campurkan mentega kacang, jus limau, madu dan kicap.
  5. Hidangkan popiah bersama sos pencicah dan nikmatinya!
QUICHE SAYUR & TELUR
  • 1 sudu kecil Minyak Sayuran
  • 1 biji Bawang Putih
  • 1/2 Bawang Merah
  • 2 mangkuk Bayam
  • 4 keping Cendawan
  • 1/2 cawan Kacang Pis dalam Tin
  • 2 biji Telur
  • 2 sudu besar Kismis
  • 1/4 sudu kecil Garam
  • 1/4 sudu kecil Lada Hitam
  • 1/4 cawan Keju Cheddar yang diparut
CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
2. Panaskan minyak di dalam kuali tak mudah lekat dengan api sederhana, tumis bawang putih dan merah seminit sehingga naik bau.
3. Gaul cendawan dan bayam, masak sehingga bayam mengecut, kira-kira 3-4 minit, kemudian pindahkan ke mangkuk besar.
4. Tapiskan campuran bayam sehingga kering menggunakan ayak atau fabrik cis.
5. 
Kacau kacang pis, telur, yogurt, kismis, garam dan lada hitam sehingga sebati.
6. Ceduk campuran ke atas dulang pembakar, taburkan keju cheddar di atasnya.
7. Bakar di dalam ketuhar sehingga quice bertukar warna coklat keemasan, dalam masa 25 minit. Biarkan sementara sebelum memotongnya.

Penkek Mudah
  • 1 Pisang
  • 1 Oren
  • 1 Telur
  • 3 sudu besar Oat Segera
  • 2 sudu kecil Minyak Sayuran
  • 2 sudu kecil Mentega Kacang Tiada Gula
CARA PENYEDIAAN
  1. Lenyekkan pisang di dalam mangkuk menggunakan garpu sehingga ia menjadi lembik. Tambah telur, oat dan kacau adunan jadi lembut.
  2. Panaskan kuali tak mudah lekat dengan api perlahan; masukkan minyak sayuran.
  3. Masukkan adunan dalam kuali untuk membentuk 4 penkek. Masak sehingga menggelembung dan kelilingnya kering, dalam 3 minit.
  4. Terbalikkan dan masak sehingga warna coklat di bahagian tepi, selama 2 minit.
  5. Sapu mentega kacang di penkek dan hiaskannya dengan kepingan oren atau buah yang anda suka dan ia sedia untuk dihidangkan!
Pita Tuna & Jagung
  • 2 keping Roti Pita Mil Penuh
  • 1/2 cawan Biji Jagung
  • 1 sudu kecil Marjerin
  • 1 sudu kecil Mayones Rendah Lemak
  • 1 sudu besar Kismis
  • 3 sudu besar Tuna dalam  Tin
  • 8 helai Daun Salad
  • 1/2 saiz sederhana Epal
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan biji jagung dalam ketuhar menggunakan mangkuk tahan panas ketuhar selama 1 minit. 
  2. Masukkan marjerin, yogurt, mayones, kismis dan tuna ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
  3. Letak daun salad and potongan epal ke dalam poket Roti Pita Mil Penuh.
  4. Penuhkan poket dengan campuran jagung dan tuna menggunakan sudu. 
  5. Ulang langkah 3 & 4 untuk kepingan roti pita yang selebihnya
Sandwic Sardin & Telur
  • 2 sudu Minyak Sayuran
  • 2 biji Telur
  • 1/2 Lada Benggala Kuning
  • 2 keping Roti Mil Penuh
  • 4 sudu besar Sardin Tin
  • 12 potongan Timun
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak di atas kuali tak mudah dengan api sederhana, susun lada benggala diatasnya.
2. Pecahkan telur di dalam bahagian gelung lada benggala, tutupnya dan biarkan bahagian bawah masak dan bahagian hujung bertukar coklat selama 2 3 minit. Masak hingga sempurna. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.
3. Potongan silang di setiap keping Roti Mil Penuh untuk mendapatkan 4 bentuk segi tiga kecil.
4. Letak 1 sudu besar tuna dan 3 potong timun di antara bentuk segi tiga Roti Mil Penuh untuk jadikan sandwic mini. Ulang langkah untuk lebihan tuna, potongan timun dan Roti Mil Penuh.
5. Letakkan 2 sandwic mini di dalam bekal bento dan gayakan seakan-akan pasu bunga.
6. Susun telur dan lada benggala di bahagian atas sebagai ‘bunga’.
7. Gunakan imaginasi dan kreativiti anda untuk menghiasnya menggunakan jambu air, daun mint dan timun. Selamat mencuba!   
Pop Pisang
  • 3 sudu besar Oat
  • 1 sudu besar Kismis
  • 2 Pisang
  • 2 ssudu besar Mentega Kacang Tiada Gula
  • 4 batang Lidi
CARA PENYEDIAAN
1. Taburkan oat dan kismis di atas dulang leper atau pinggan.
2. Kacau mentega kacang dan yogurt di dalam mangkuk sehingga sebati.
3. Kopek kulit pisang, potong setengah, dan cucuk ke dalam lidi. 
4. Salutkan pisang dengan campuran mentega kacang menggunakan pisau pencuci mulut
5. Gulingkan pisang ke dalam oat dan kisimis.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum makan atau nikmatinya terus.
PIZZA SARDIN
  • 3 keping Balutan Mil Penuh
  • 1 tin kecil (150g) Sardin dalam Tin 
  • 12 biji Tomato Ceri
  • 1/2 cawan Brokolo
  • 1/2 cawan Keju Mozarella 
  • 1/2 sudu kecil Lada Hitam
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 °C.
  2. Letakkan sehelai kertas pembakar di atas dulang pembakar kemudian letakkan Balutan Mil Penuh di atas kertas pembakar.
  3. Sapukan sardin dengan sos tomato di atas balutan dengan rata menggunakan sudu.
  4. Susun bawang, tomato ceri dan brokoli di atas pembalut menjadi satu lapisan.
  5. Taburkan keju mozarella dan lada hitam.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 5 hingga 8 minit sehingga keju cair.
SARAPAN TELUR & SAYURAN
  • 4 keping  roti mil penuh
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin 
  • 4 sudu besar sayuran (cairkan pada suhu bilik)
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 2 keping keju
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C
  2. Leperkan roti menggunakan penggiling.
  3. Sapu 1/2 sudu kecil marjering pada roti dengan rata. 
  4. Susun roti yang telah dileperkan di atas cawan mufin dan bakar selama 2-3 minit sehingga rangup. 
  5. Pada masa yang sama, kacau telur di dalam mangkuk, masukkan sayuran dan lada hitam kemudian gaul sehingga sebati.
  6. Keluarkan cawan mufin dari ketuhar, pindahkan campuran telur menggunakan sudu ke dalam cawan tadi. 
  7. Letakkan 1/2 keping keju di bahagian atas, kemudian bakan semula selama 10 minit sehingga keju cair dan telur masak sepenuhnya. 
SANDWIC MENTEGA KACANG
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 2 keping separuh bakar roti mil penuh
  • 2 sudu besar mentega kacang tanpa garam dan gula tambahan
  • 1 pisang sederhana, dibuang kulit
  • 2 sudu teh biji labu, dibuang kulit
  • 1 sudu teh madu
CARA PENYEDIAAN
  1. Sapukan satu sudu besar mentega kacang dengan rata ke atas sekeping roti mil penuh.
  2. Susunkan separuh hirisan pisang dalam satu lapisan di atas roti.
  3. Taburkan satu sudu teh biji labu dan titiskan setengah sudu teh madu di atas sand wich sebelum dihidangkan.
  4. Ulangi dengan baki bahan-bahan untuk hidangan kedua.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 257
Protein (g) 9.5
Lemak (g) 11.4
Karbohidrat (g) 30.0
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
WRAP AYAM
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 biji kecil ubi keledek, dihiris nipis bersama kulit
  • 6 helai saiz sederhana daun salad romaine
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 200g ayam cincang
  • ½ cawan sayuran campuran sejuk beku
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ¼ sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh kicap cair
CARA PENYEDIAAN
  1. Letakkan sekeping kertas minyak / baking paper di atas pinggan yang boleh masuk ketuhar gelombang mikro dan sapukan sedikit minyak di atasnya.
  2. Susunkan hirisan ubi keledek di atas kertas minyak dalam satu lapisan.
  3. Bakar ubi keledek dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 minit atau sehingga garing/rangup.
  4. Biarkan ubi keledek sejuk selama 5 -10 minit sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Anda boleh bakar kerepek ini dalam jumlah banyak sekaligus dan simpan selama 1 - 2 minggu.
  5. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat dengan api sederhana.
  6. Tumis bawang putih dan kacau sehingga wangi.
  7. Masukkan ayam cincang dan goreng selama 3 minit atau sehingga betul-betul masak.
  8. Tambahkan sayur campuran , sos tiram, lada putih, sos ikan dan kicap cair. Teruskan memasak selama 5 minit lagi.
  9. Cara hidangan: Bungkuskan satu sudu besar ayam cincang dengan sehelai daun salad. Kerepek ubi keledek boleh dimakan sebagai hidangan sampingan.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 269
Protein (g) 20.2
Lemak (g) 12.8
Karbohidrat (g) 17.9
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
SALAD PASTA HAWAII
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 cawan pasta spiral mil penuh
  • 1 cawan nanas, dipotong dadu
  • 3 sudu besar lobak merah, dihiris nipis
  • 1 sudu besar daun bawang, dicincang
  • 4 sudu besar ikan tuna ketulan dalam air, ditapis
Hiasan
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar mayonis kurang lemak
  • 1 sudu besar yogurt greek asli rendah lemak
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  1. Gaulkan pasta, nanas, ikan tuna, lobak merah dan daun bawang dalam mangkuk besar dan ketepikan.
  2. Gaulkan jus lemon, mayonis, yogurt greek dan garam dalam satu mangkuk kecil. Tuangkan kuah salad ke atas pasta dan gaul hingga sebati sebelum dihidangkan.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 353
Protein (g) 14.0
Lemak (g) 6.9
Karbohidrat (g) 58.6
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
NASI GORENG LABU
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 biji bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar halia dicincang halus
  • ½ biji bawang besar dicincang
  • ½ cawan labi, dipotong dadu
  • 1 ½ cawan dimasak beras perang dan dibiarkan sejuk
  • ¼ cawan kacang kuda direbus atau daripada tin
  • 2 ikat bok choy muda, dibasuh dan dicincang kasar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ¼ sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar d aun bawang, dicincang halus untuk hiasan
  • 1 sudu dibakar biji bijan, untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat.
  2. Tambahkan bawang putih, halia, bawang dan tumis dengan api sederhana sehingga wangi.
  3. Masukkan labu, kacau secara perlahan sehingga lembut, kira-kira 3 minit.
  4. Tambahkan nasi, kacang kuda dan tumis selama 1 minit.
  5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada putih dan kacau sehingga sebati selama 1 minit.
  6. Masukkan bok choy muda, teruskan memasak sehingga bok choy menjadi masak.
  7. Hiaskan dengan daun bawang dan biji bijan. Hidangkan panas.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 336
Protein (g) 8.6
Lemak (g) 9.4
Karbohidrat (g) 54.2
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
BURRITO TELUR HANCUR
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar susu rendah lemak
  • 1 sudu teh daun ketumbar, dicincang
  • Secubit garam
  • ¼ sudu teh lada hitim, dikisar
  • 1 sudu teh minyak sayuran
  • 4 sudu besar keju cheddar
  • 2 keping tortilla mil penuh (berdiameter 8 inci)
  • 1 saiz sederhana tomato, dipotong dadu
  • 4 helai daun salad
CARA PENYEDIAAN
  1. Pukul telur, susu, daun ketumbar, garam dan lada hitam dalam satu mangkuk sederhana.
  2. Panaskan minyak pada kuali tidak melekat. Masukkan campuran telur dan kacau dengan sudip kayu untuk hancurkan.
  3. Letakkan 2 helai daun salad di tengah satu tortilla, taburkan 2 sudu keju; letakkan separuh daripada telur hancur, dan 2 sudu tomato di atasnya.
  4. Gulung menjadi burrito (Lipat dari bawah ke atas dan dari tepi ke tengah). Ulangi untuk baki bahan-bahan untuk hidangan kedua.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 287
Protein (g) 9.0
Lemak (g) 15.0
Karbohidrat (g) 29.0
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
TORTILLA RANGUP
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • ¼ labu kecil (250g), dibuang biji, dipotong menjadi ketulan besar bersama kulit
  • 1 sudu besar marjerin lembut
  • 4 sudu besar ikan tuna ketulan dalam air
  • Secubit garam
  • ¼ sudu teh lada hitam dikisar
  • 1 sudu besar daun bawang, dicincang halus
  • 1 keping torilla gandum penuh, dipotong menjadi irisan berbentuk kerepek
CARA PENYEDIAAN
  1. Masak labu dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 minit sehingga masak dan lembut.
  2. Gunakan sudu untuk mengasingkan isi labu daripada kulit.
  3. Campurkan marjerin lembut, ikan tuna, labu dan gaul menggunakan garpu sehingga sebati. Tambahkan garam, lada hitam dan kemudian dihiaskan dengan daun bawang.
  4. Letakkan sekeping kertas minyak/baking paper di atas pinggan yang boleh masuk ketuhar gelombang mikro dan semburkan sedikit minyak sayuran di atas kertas minyak.
  5. Susun potongan tortilla di atas pada satu lapisan di atas kertas minyak.
  6. Bakar dalam ketuhar gelombang mikro selama 4 minit sehingga keemasan dan rangup.
  7. Biarkan cip tortilla sejuk selama 5 minit dan kemudian hidangkan bersama dengan labu tuna lecek.
KANDUNGAN NUTRISI
Kalori (Kcal) 177
Protein (g) 9.7
Lemak (g) 7.3
Karbohidrat (g) 18.1
MDA logo
Resipi direka oleh pakar pemakanan Georgen Thye, ahli majlis Persatuan Pakar Pemakanan Malaysia (MDA) serta pengasas Georgen Cooking. Beliau mempunyai minat mendalam dalam menjadikan tabiat pemakanan sihat lebih seronok dan mengujakan buat semua.
GULUNGAN TORTILLA
  • 1 kotak MILO® 200ml
  • 1 keping roti Tortilla
  • 2 helai daun salad
  • ½ mangkuk ayam di uris kecil
  • ¼ biji epal hijau – dipotong bertingkat
Hiasan
  • ¼ biji carrot -direbus
  • 3 biji tomato ceri
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong lobak untuk bentuk hiasan bunga
  2. Sediakan 1 keping roti tortilla.
  3. Susunkan salad dan ayam diuris halus diatas roti Tortilla.
  4. Gulungkan dengan kemas. Potong gulungan Tortilla kepada 2 bahagian.
  5. Bungkus setiap bahagian dengan kertas minyak/ kertas makanan.
  6. Letakkan lobak bentuk bunga di atas tortilla.
  7. Susunkan tortilla wrap di dalam Bento Box.
  8. Susun juga epal hijau dan tomato ceri.
NASI GORENG
  • 1 kotak MILO® 200ml
  • 1 mangkuk nasi goreng
  • ½ biji epal merah –diukir dadu
Hiasan
  • 1 helai daun salad
  • 1 keping keju
  • 1 keping rumpai laut
  • 1 keping omelette
  • 2 biji tomato ceri
  • 1 batang kacang panjang
CARA PENYEDIAAN
  1. Bentukkan omelette menjadi bunga.
  2. Potong keju untuk bentuk kepala dan tangan.
  3. Potong rumpai laut untuk bentuk mata.
  4. Susun salad di dalam Bento Box.
  5. Isikan nasi goreng di dalam Bento Box.
  6. Susun omelette dan epal di dalam Bento Box.
  7. Susun keju yang telah dibentuk di atas nasi goreng.
  8. Susun kacang panjang dan tomato ceri di dalam Bento Box.
ROTI GORENG PERANCIS
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 2 keping roti bakar french
  • ¼ biji epal hijau –diukir dadu
  • ¼ biji epal merah –diukir dadu
Hiasan
  • 1 helai daun salad
  • 1 keping keju
  • 1 keping rumpai laut
  • 3 biji tomato ceri
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong keju untuk bentuk mata, telinga dan mulut.
  2. Potong rumpai laut untuk bentuk mata, hitam dan hidung.
  3. Potong roti goreng kepada 2 bahagian. Susunkan di dalam Bento Box.
  4. Letakkan salad di dalam Bento Box dan susun epal hijau, epal merah dan tomato ceri.
  5. Letakkan keju yang telah dibentuk di atas roti goreng.
BURGER TELUR (BENJO)
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 biji burger telur (Benjo)
  • ½ biji buah oren
  • 5 biji buah anggur
Hiasan
  • 1 helai daun salad
  • 1 keping keju
  • 1 keping rumpai laut
CARA PENYEDIAAN
  1. Letakkan burger di dalam Bento Box.
  2. Untuk hiasan potong keju mengikut karakter kartun yang dipilih.
  3. Potong rumpai laut untuk bentuk mata, mulut, rambut dan tali leher.
  4. Letakkan keju yang di bentuk di atas burger.
  5. Susun anggur dan oren juga.
SANDWIC TUNA
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 2 keping roti
  • ½ mangkuk ikan tuna
  • 1 sudu kecil mayonis
  • 1 helai daun salad
  • Secubit serbuk lada
  • 1 sudu mentega untuk sapuan
Hiasan
  • 1 keping keju
  • 1 keping rumpai laut
  • ¼ biji lobak merah yang direbus
  • ½ biji buah belimbing –dipotong bintang
  • 7 biji buah anggur
CARA PENYEDIAAN
  1. Gaul rata isi tuna, mayonis dan lada sulah didalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega. Susun salad dan inti tuna tadi di atas roti dan tutup dengan sekeping roti lagi.
  3. Potong roti tuna kepada 2 bahagian.
  4. Letakkan roti tuna di dalam Bento Box.
  5. Susun anggur dan belimbing di dalam Bento Box.
  6. Untuk hiasan potong keju mengikut karakter kartun yang dipilih.
  7. Potong rumpai laut untuk bentuk mata dan mulut.
PASTA RIBEN
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 mangkuk pasta riben
  • ¼ biji epal merah –diukir dadu
  • ¼ biji epal hijau –diukir dadu
Hiasan
  • 1 keping keju
  • 1 keping rumpai laut
  • 1 batang brokoli yang direbus
  • 2 biji tomato ceri
CARA PENYEDIAAN
  1. Isikan pasta di dalam Bento Box.
  2. Susun buah epal merah dan epal hijau di dalam Bento Box. Ketepikan.
  3. Untuk hiasan potong keju mengikut karakter kartun yang dipilih.
  4. Potong rumpai laut untuk bentuk mata, mulut dan rambut.
  5. Susun keju yang dibentuk di atas pasta.
  6. Susun brokoli dan tomato ceri juga.
SANDWIC AYAM
  • 1 kotak MILO ® UHT 200ml
  • 2 keping roti bijirin penuh (wholegrain)
  • ½ mangkuk ayam diuris kecil
Hiasan
  • 2 helai daun salad
  • ½ biji lobak merah –dipotong panjang (direbus)
  • ½ biji timun –dipotong panjang
  • 3 biji tomato ceri
  • ¼ mangkuk mayonis
  • ¼ mangkuk yogurt
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong roti untuk bentuk seperti rumah.
  2. Sapukan mayonis ke atas roti.
  3. Susun urisan ayam di atas roti.
  4. Susun salad di dalam Bento Box.
  5. Susun roti dengan bentuk rumah di dalam Bento Box.
  6. Isikan yogurt ke dalam bekas di dalam Bento Box.
  7. Susun lobak merah, timun dan tomato ceri di dalam Bento Box.
SANDWIC BISKUT
  • 1 kotak MILO ® UHT 200ml
  • 6 keping biskut
  • ½ mangkuk kecil tuna
  • 2 keping keju
Hiasan
  • ½ biji lobak merah -dipotong panjang (direbus)
  • ½ biji timun –dipotong panjang
  • 4 biji anggur merah
  • 4 biji anggur hijau
  • ½ epal merah –dipotong dadu
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong keju untuk bentuk bunga dan susun di atas biskut.
  2. Susun salad di dalam Bento Box.
  3. Susun biskut ke bekas di dalam Bento Box.
  4. Susun lobak merah dan timun di dalam Bento Box.
  5. Isikan tuna ke dalam bekas di dalam Bento Box.
  6. Susun anggur merah, anggur hijau dan epal merah di dalam Bento Box.
NASI BERLAUK
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 mangkuk lauk
Hiasan
  • 2 helai daun salad
  • 1 helai rumpai laut
  • 1 biji buah oren
  • ⅙ biji buah tembikai
CARA PENYEDIAAN
  1. Nasi putih dibentukkan seperti kucing.
  2. Potong rumpai laut dan bentuk telinga, mata, hidung dan misai.
  3. Susun daun salad di dalam Bento Box.
  4. Susun oren dan tembikai di dalam Bento Box.
  5. Susun lauk di atas salad di dalam Bento Box.
  6. Susun nasi putih di atas lauk di dalam Bento Box.
BIHUN & BUAH
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 mangkuk bihun goreng
  • ½ biji epal merah –dipotong kepingan
  • ½ tembikai susu -dipotong kepingan
Hiasan
  • 2 helai daun salad
  • ¼ lada benggala –dipotong dadu
  • 4 biji tomato ceri –dipotong setengah
  • ¼ biji timun –dipotong dadu
  • ½ kulit timun -dihiris halus
  • 1 biji telur rebus
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong telur tebus kepada dua bahagian.
  2. Potong kulit timun untuk bentuk lebah di atas telur.
  3. Susun salad di dalam Bento Box.
  4. Susun telur di dalam Bento Box.
  5. Isikan bihun di dalam Bento Box.
  6. Susun lada benggala, tomato ceri dan timun di atas bihun.
  7. Susun epal merah dan tembikai susu berselang-seli di dalam Bento Box.