Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

ANUGERAH SUKAN KPM-MSSM-MILO®

MSSM logo

Mendorong para belia untuk kekal aktif adalah penting untuk memastikan kita mempunyai generasi masa depan yang kuat dan sihat. Salah satu cara untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada generasi muda adalah melalui sukan. Sukan bukan sahaja aktiviti yang sihat, malah ia juga dapat mengajar nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, kerjasama, kerja berpasukan, dan banyak lagi.

Oleh itu, kita perlu sentiasa menghargai para atlet muda yang penuh semangat, tidak pernah gentar, dan terus memberikan inspirasi kepada anak muda lain untuk mengambil bahagian dalam sukan. Merekalah pemenang-pemenang Anugerah KPM-MSSM-MILO®, kejohanan sukan tahunan yang diberikan kepada atlet-atlet muda berbakat yang berpotensi untuk membanggakan negara, dan juga kepada individu-individu yang telah memberi motivasi kepada mereka.

Daripada ribuan atlet, mereka telah dicalonkan dalam kejohanan sukan ini kerana telah menunjukkan prestasi tinggi dalam bidang sukan mereka. Tahun ini, para pemenang dipilih berdasarkan pencapaian hebat mereka terutamanya dalam Kejohanan MSSM, Kejohanan Peringkat Antarabangsa serta ciri-ciri juara yang mereka tampilkan. Tahniah dan semoga mereka terus memberi inspirasi buat rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan serta kekal aktif.

Kerjasama dengan KPM dan MSSM ini adalah salah satu inisiatif MILO® bagi menggalakkan rakyat Malaysia bergerak aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat, di samping mempelajari nilai-nilai murni yang membantu untuk membentuk peribadi terbaik.

Setiap atlet ada jatuh bangunnya. Namun apa yang dipelajari dalam arena sukan hari ini akan membantu mereka untuk berjaya dalam hidup. Ini kerana sukan memupuk keberanian, kecekalan dan kesungguhan untuk meraih kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Menerusi kerjasama yang terjalin selama lebih empat dekad dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas program Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), MILO® terus memberikan keutamaan dalam menyediakan platform kepada ribuan atlet murid di seluruh Malaysia untuk bertanding dan menyerlahkan bakat sukan masing-masing, di samping menyokong usaha membangunkan sukan di peringkat akar umbi untuk melahirkan generasi atlet pelapis bertaraf dunia.

Setiap tahun, Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO® diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan dan pencapaian atlet-atlet muda negara yang berbakat. Kejohanan sukan ini juga dapat memberikan penghargaan kepada guru-guru dan jurulatih yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

MILO® merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah tahun ini, dengan harapan mereka terus bersinar dalam melangkah jauh menuju cita-cita masa hadapan.

Semangat juara takkan gentar atlet-atlet muda ini juga menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus maju dengan sukan demi menghadapi cabaran masa hadapan berbekalkan nilai-nilai murni yang dipupuk.


Memupuk Atlet Bertaraf Dunia Bermula di Sekolah

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai jawatankuasa rasmi yang menyelaraskan pertandingan, kejohanan dan anugerah sukan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan KPM terhadap pendidikan secara holistik untuk memupuk budaya kecemerlangan melalui sukan yang amat kritikal dalam mempengaruhi perkembangan serta pembangunan murid, baik secara fizikal mahupun mental.

Selain mewujudkan platform untuk atlet murid bertanding secara kompetitif, MSSM turut memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berbakat besar untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi sebagai usaha menggalakkan lebih ramai lagi murid bergiat aktif dan berjaya dengan sukan.


Kerjasama dengan MILO®

Selama lebih 70 tahun, MILO® menyemarakkan tenaga segenap lapisan masyarakat di Malaysia dengan kepercayaan bahawa sukan dapat memupuk nilai-nilai murni yang memacu mereka untuk melangkah jauh dalam hidup. 

Kerjasama atas program MSSM dan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO® merupakan sebahagian daripada usaha yang diterajui MILO® demi pembangunan sukan akar umbi supaya faedah sukan dapat dimanfaatkan oleh murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Malah, ramai atlet kebangsaan telah memulakan kerjaya sukan mereka melalui program sukan akar umbi MILO®.


Semarakkan Potensi Anak Anda melalui Sukan bersama MILO®

Nilai-nilai murni yang memacu kejayaan masa hadapan – keberanian, kecekalan dan kesungguhan – sebaik-baiknya dipupuk melalui sukan. Sebagai rakan kerjasama kepada ibu bapa, MILO® memainkan peranan untuk membantu ibu bapa menyiapsediakan anak-anak mencapai kejayaan masa hadapan dengan nilai-nilai murni sukan sejak usia muda.

Menerusi program sukan MILO®, ibu bapa memperoleh manfaat yang dapat memupuk nilai-nilai murni sukan hari ini agar mereka bersiap sedia untuk melangkah jauh menghadapi cabaran masa hadapan – dengan kebaikan khasiat serta tenaga MILO® di sisi.

LOO YIE BING
Anugerah Tunas Harapan Puteri
RENANG
LOO YIE BING
SEK MEN SUNG SIEW, SANDAKAN (SABAH)
WONG LEE HONG
Anugerah Tunas Harapan Putera
SQUASY
WONG LEE HONG
SMK CHUNG HUA, MIRI (SARAWAK)
SITI NOR INSYIRAH
Anugerah Pendidikan Khas Puteri
OLAHRAGA
SITI NOR INSYIRAH BINTI MOHAMAD ARIFFIN
SMK ULU TIRAM (JOHOR)
JONAH CHANG
Anugerah Pendidikan Khas Putera
OLAHRAGA
JONAH CHANG ANAK RIGAN
SMK BANDAR SARIKEI (SARAWAK)
NUR AMISHA
Anugerah Khas Puteri
MUAYTHAI
NUR AMISHA BINTI AZRILRIZAL
SMK GUNUNG RAPAT (PERAK)
MOHAMMAD RIFDEAN
Anugerah Khas Putera
MUAYTHAI
MOHAMMAD RIFDEAN BIN MASDOR
SMK JALAN TASEK, IPOH (PERAK)
IMAN ALISHA
Anugerah Puteri Sukan
GIMNASTIK RYTHMIC
IMAN ALISHA BINTI FAKHRI YASSIN
THE INTERNATIONAL SCHOOL @ PARKCITY (KUALA LUMPUR)
KHIEW HOE YEAN
Anugerah Putera Sukan
RENANG
KHIEW HOE YEAN
VICTORIA INSTITUTION (KUALA LUMPUR)
CHANG SIANG CHENG
Anugerah Guru Berjasa (Wanita)
OLAHRAGA
CHANG SIANG CHENG
SMK CHUNG HUA (CF) (SARAWAK)
YESHODH a/l PARAMESWARAN
Anugerah Guru Berjasa (Lelaki)
CRICKET
YESHODH a/l PARAMESWARAN
SMK TUANKU MUHAMMAD (NEGERI SEMBILAN)
MOHD SHAHRIL 
Anugerah Jurulatih Sukan Cemerlang
SQUASY
MOHD SHAHRIL BIN SHAHIDAN
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (KUALA LUMPUR)
HAJI MUHAMMAD RAFED
Anugerah Tokoh Sukan (Kepimpinan)
HOKI
HAJI MUHAMMAD RAFED BIN ISMAIL
IZZAH BINTI AMZAN
Anugerah Emas
GIMNASTIK RYTHMIC
IZZAH BINTI AMZAN
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (KUALA LUMPUR)