Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
basketball-milo-banner

Bola Keranjang

Bola keranjang adalah sukan berpasukan yang pantas dimainkan antara dua pasukan dengan lima pemain, di mana objektifnya adalah untuk mengumpul mata dengan memasukkan bola ke dalam jaring lawan. Ia memerlukan kemahiran, koordinasi, dan kerjasama, menjadikannya popular di seluruh dunia. Bola keranjang juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Kelebihan Bola Keranjang

Bola keranjang akan mengajar anak anda untuk membina kemahiran komunikasi dengan berinteraksi bersama rakan sepasukan, sambil menerapkan nilai-nilai kesukanan melalui kerjasama berpasukan. Ia mempromosikan kesihatan fizikal dengan meningkatkan daya tahan, koordinasi, dan kecergasan keseluruhan, membantu kanak-kanak kekal aktif dan sihat.

Daftarkan Anak Anda dengan satu Kelab Bola Keranjang Sekarang!

Diajar oleh jurulatih yang berpengalaman dan terkemuka, kelab bola keranjang menawarkan modul-modul terstruktur yang merangkumi teknik seperti menggelecek, mengumpan, melantun dan teknik lain yang dapat mengasah kemahiran bola keranjang anak anda. Daftar sekarang untuk memberikan anak anda peluang menjadi bintang di gelanggang bola keranjang dan dalam kehidupan dengan kelab bola keranjang!

Selangor

Lokasi
Jurulatih/ Institusi
Petaling Jaya
Idham Khalid Bin Abdul Sallam

Jurulatih bola keranjang bertauliah

Puchong
Wong Wing Wai

Jurulatih bola keranjang bertauliah

Kelebihan
Sukan ini mampu memberikan anak anda:
Daya tahan
Kelincahan
Kerjasama berpasukan
Fokus Mental

BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?

Piala Lum Mun Chak merupakan salah satu acara yang paling lama disokong oleh MILO® selama 31 tahun dan masih diteruskan.

fun-facts

FAKTA MENARIK!

Ramai pemain bola keranjang terkenal, seperti LeBron James dan Stephen Curry, mula bermain sejak mereka kecil. Mereka berlatih dengan gigih, berseronok, dan usaha keras mereka membuahkan hasil!
Mendaftar dengan kelab bola keranjang boleh memberikan anak anda peluang yang sama untuk mengembangkan kemahiran dan minat mereka terhadap sukan ini, dengan potensi untuk suatu hari nanti mewakili Malaysia!