Surfskate
Surfskate adalah sukan menarik yang menggabungkan elemen meluncur ombak dan papan selaju, membolehkan penunggang merasai sensasi meluncur ombak di darat. Ia menggunakan papan selaju khas dengan trak depan yang unik. Pada asalnya dicipta oleh peluncur ombak untuk berlatih pada hari tanpa ombak, surfskate kini menjadi aktiviti latihan popular untuk meningkatkan teknik meluncur. Hari ini, surfskate menarik minat peluncur dan bukan peluncur. Sama ada untuk rekreasi, kecergasan, atau pertandingan, surfskate menawarkan cara menarik untuk membawa aliran ombak ke jalanan.
Kelebihan Surfskate
Surfskate membantu anak anda membangunkan kemahiran penting seperti keseimbangan, koordinasi, dan kekuatan teras. Ia meningkatkan kecergasan fizikal melalui senaman bahagian kaki dan bawah badan sambil membina kestabilan melalui pergerakan yang lancar. Surfskate juga meningkatkan kemahiran sosial apabila anak anda berinteraksi dengan orang lain dalam komuniti yang sihat. Selain manfaat fizikal dan sosial, pendaftaran ke kelas surfskate menawarkan cara unik untuk kekal aktif, mengurangkan tekanan, dan menikmati aktiviti luar.
Sertai Kelas Surfskate Sekarang!
Dibimbing oleh ‘surf skater’ yang mahir dan berpengalaman, anak anda akan diberikan alat dan sokongan yang sesuai dengan keutamaan pada keselamatan. Mereka akan mengajar pelbagai teknik dan kemahiran, termasuk asas-asas surfskate seperti cara menolak, membelok, melakukan ‘tic-tac’, memperlahankan, memberhentikan surfskate, dan banyak lagi.
Daftarkan anak anda ke kelas surfskate sekarang untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersinar di gelanggang surfskate!
Selangor
Wavvy Hub adalah padang surf skate tertutup pertama di Malaysia! Ianya merupakan tempat terbaik untuk lalui pengalaman meluncur di daratan dengan kelas daripada peringkat asas kepada peringkat pertengahan.
BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?
Bersama kelab surfskate Wavyhub, MILO® telah menganjurkan Kejohanan Asia Surf Skate yang pertama pada tahun 2023, di mana para peserta yang bersemangat datang dari seluruh negara dan rantau Asia Pasifik untuk bersaing.

FAKTA MENARIK!
Surfskate membantu meningkatkan keseimbangan dan koordinasi anda, sambil membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman meluncur di atas tanah rata! Daftar untuk kelas Surfskate sekarang!