Bola Sepak Gaya Bebas
Bola sepak gaya bebas adalah sukan di mana pemain-pemain menimbang bola menggunakan pelbagai bahagian badan, kecuali tangan dan siku. Sukan ini hanya memerlukan bola dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Fokus utama adalah untuk melakukan pelbagai helah sambil menimbang dan mengawal bola. Rutin pemanasan badan terkenal pemain bola sepak Diego Maradona pada 1980-an dilihat sebagai permulaan sukan ini. Bola Sepak Gaya Bebas kini merupakan sukan yang kompetitif yang ditandingi dalam acara global seperti Kejohanan Bola Sepak Gaya Bebas Dunia dan Red Bull Street Style.
Kelebihan Sukan Bola Sepak Gaya Bebas
Ia meningkatkan kemahiran fizikal anak anda seperti kestabilan, koordinasi dan kawalan badan, di samping menerapkan nilai penting seperti keyakinan diri, kesabaran dan kegigihan. Kesungguhan yang diperlukan untuk menguasai teknik penimbangan bola mengajar dedikasi, daya tahan, dan disiplin. Kemahiran ini akan memberi manfaat kepada anak anda di sekolah, sukan lain dan kehidupan.
Sertai Kelas Bola Sepak Gaya Bebas Sekarang!
Anak anda akan dilatih oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman yang akan mengajar mereka kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan tumpuan dan refleks mereka. Daftar dengan kelas gaya bebas MILO® sekarang untuk membantu anak anda membangunkan sifat-sifat berharga seperti kesabaran, fokus dan disiplin—kualiti yang akan menjadikan anak anda cemerlang dalam sukan dan kehidupan!
Selangor
Akan Datang
BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?
Jurulatih di bawah program Champions Clinic, Jason Lee, memiliki ijazah dalam bidang Farmasi, namun tetap meneruskan minatnya dalam bola sepak gaya bebas, dan pernah tampil dalam pelbagai rancangan TV untuk berkongsi tentang sukan yang ekspresif ini.

FAKTA MENARIK!
Perkara paling menarik tentang bola sepak gaya bebas adalah anda boleh mencipta gerakan dan rutin sendiri, menonjolkan gaya peribadi anda sambil menguasai bola.