Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
badminton-milo-banner

Badminton

Badminton adalah sukan raket yang dimainkan antara dua atau empat pemain, di mana pemain memukul bulu tangkis melintasi jaring dengan tujuan menjatuhkannya di kawasan lawan. Ia sukan pantas yang memerlukan ketangkasan dan popular di seluruh dunia, terutama di Asia. Badminton juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Kelebihan Badminton

Badminton memberi anak anda pelbagai manfaat, termasuk meningkatkan kesihatan fizikal, koordinasi, dan refleks. Ia juga membantu membina disiplin, fokus, serta kemahiran kerjasama berpasukan. Selain itu, sukan ini dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.

Sertai Kelas Badminton Sekarang!

Sesi latihan akan dijalankan oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman untuk mengajar anak anda tentang skil-skil badminton dari peringkat permulaan ke pertengahan.
Daftar sekarang untuk kelas badminton dan persiapkan anak anda dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi bintang di gelanggang badminton dan juga di masa depan!

Selangor

Akan Datang

Kelebihan
Sukan ini mampu memberikan anak anda:
Kelincahan
Koordinasi Tangan-Mata
Menguatkan Otot
Fokus Mental

BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?

Bekas pemain badminton kebangsaan seperti Rashid Sidek dan Daphne Ng pernah mendapat sokongan MILO® semasa puncak karier mereka.

fun-facts

FAKTA MENARIK!

Badminton telah menjadi sukan Olimpik sejak tahun 1992 dan sangat bagus untuk meningkatkan refleks serta koordinasi mata dan tangan. Mengapa tidak mula bermain dan sertai kelas badminton MILO® sekarang? Anda mungkin boleh mewakili negara di peringkat dunia!

Cuba Sukan-Sukan Lain!