Judo
Judo adalah seni bela diri asal Jepun yang telah menjadi sukan Olimpik sejak 1964. Ia dimainkan tanpa alas kaki dan menekankan kawalan serta teknik. Matlamat utama dalam judo adalah untuk membaling lawan, menahan mereka, atau memaksa mereka menyerah dengan menyasarkan sendi atau leher. Pemain judo dikenali sebagai jūdōka, dan mereka memakai pakaian khas dipanggil jūdōgi. Tali pinggang yang dipakai menunjukkan tahap kemahiran mereka—putih untuk pemula, hitam untuk pakar, dan warna lain bagi mereka yang berada di tahap pertengahan.
Kelebihan Judo
Judo membantu anak anda mengembangkan kemahiran penting seperti kekuatan, fleksibiliti dan penyelesaian masalah sambil memupuk disiplin, kesabaran dan ketekunan. Ia juga membina kemahiran sosial melalui interaksi dan latihan bersama rakan-rakan dalam kelas Judo. Kemahiran-kemahiran ini membantu membentuk watak mereka sambil mempelajari teknik-teknik pertahanan diri dan menyediakan mereka untuk cabaran masa depan di dalam dan luar gelanggang.
Sertai Kelas Judo Sekarang!
Anak anda akan dilatih oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman yang akan membantu meningkatkan tumpuan dan refleks mereka untuk Judo.
Daftarkan anak anda untuk kelas Judo sekarang untuk mengajar mereka dengan kemahiran berharga yang memupuk semangat berpasukan, kesabaran, dan kebebasan untuk membuat keputusan, sambil mempersiapkan mereka untuk menjadi bintang di atas gelanggang Judo pada masa depan!
Selangor
Akan Datang
BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?
Oon Yeoh dan Yeoh Shen Shen merupakan adik-beradik (dan juga jurulatih di bawah program MILO® Champions Clinic) yang sangat bersemangat memupuk minat terhadap sukan judo dari peringkat akar umbi.

FAKTA MENARIK!
Judo terkenal dengan balingan dan lipatan yang hebat di mana anda mungkin akan berasa seperti bintang seni mempertahankan diri. Walaupun ia sukan individu, anda akan berkawan dan belajar untuk saling menyokong semasa latihan. Daftar untuk kelas Judo sekarang!