Renang
Sukan renang adalah sukan yang melibatkan pergerakan dalam air dengan pelbagai gaya seperti gaya bebas, kuak lentang, dada, dan kupu-kupu. Ia popular di peringkat global, termasuk Sukan Olimpik. Ia adalah senaman hebat yang mengaktifkan seluruh otot badan, meningkatkan daya tahan kardiovaskular, dan fleksibiliti!
Kelebihan Berenang
Berenang bukan saja mampu mengembangkan ketahanan, fleksibiliti, dan kekuatan kardiovaskular anak anda, ia juga membina daya ketahanan mental dan membentuk keyakinan mereka dengan lebih baik dalam bidang akademik dan kehidupan.
Sertai Kelas Renang Sekarang!
Diterajui oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman, mereka bakal menunjukkan pelbagai teknik dan kemahiran kepada anak anda termasuk pelbagai strok lengan, meluncur, asas untuk terapung, bersama dengan teknik bernafas dan tendangan yang betul. Daftar sekarang untuk menyiapkan anak anda dengan skil-skil yang membantu mereka menjadi bintang di dalam kolam dan di masa depan!
Selangor
Jurulatih Renang bertauliah dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman kejurulatihan
Jurulatih berenang & renang air terbuka bertauliah dengan pengalaman lebih 10 tahun.
Jurulatih berenang & renang air terbuka bertauliah dengan pengalaman lebih 10 tahun.
Jurulatih berenang & renang air terbuka bertauliah dengan pengalaman lebih 10 tahun.
BAGAIMANA MILO® MENYOKONG SUKAN INI?
MILO® mengambil langkah proaktif untuk bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan air dan kemahiran asas dengan menganjurkan kelas berenang menerusi Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) berenang.

FAKTA MENARIK!
Berenang sangat bagus untuk meregangkan badan, dan ada yang mengatakan ia boleh membantu anda menjadi lebih tinggi dengan memperbaiki postur badan!