Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Banner image

#SUKUSUKUSEPARUH

Resipi MILO® Bento Box dihasilkan mengikut panduan hidangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang sihat. Konsep #sukusukuseparuh digunapakai dalam setiap resipi Bento Box untuk membantu membekalkan nutrien dan tenaga buat anak anda memulakan harinya.

DAH AMALKAN #SukuSukuSeparuh?

 
Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep #SukuSukuSeparuh adalah penting untuk memastikan anda mendapat khasiat seimbang. Gunakan panduan ini apabila anda sediakan makanan:
 
Suku (Protein)
Protein sebesar saiz tapak tangan

Suku (Karbohidrat)
Karbohidrat sebesar genggaman anda

Separuh (Buah & Sayur)
Buah & Sayur sebanyak secekup tangan

Nak lengkapkan hidangan anda dengan minuman?
Padankan dengan MILO® untuk tenaga!

 
Suku suku separuh

IDEA RESIPI

Sediakan resipi yang mudah, berkhasiat serta menyelerakan ini untuk anak anda, bersama MILO® UHT supaya dia kekal aktif di sekolah!
Cuba resipi menyeronokkan Bento Box bersama anak anda hari ini!

BIHUN & BUAH
  • 1 kotak MILO® UHT 200ml
  • 1 mangkuk bihun goreng
  • ½ biji epal merah –dipotong kepingan
  • ½ tembikai susu -dipotong kepingan
Hiasan
  • 2 helai daun salad
  • ¼ lada benggala –dipotong dadu
  • 4 biji tomato ceri –dipotong setengah
  • ¼ biji timun –dipotong dadu
  • ½ kulit timun -dihiris halus
  • 1 biji telur rebus
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong telur tebus kepada dua bahagian.
  2. Potong kulit timun untuk bentuk lebah di atas telur.
  3. Susun salad di dalam Bento Box.
  4. Susun telur di dalam Bento Box.
  5. Isikan bihun di dalam Bento Box.
  6. Susun lada benggala, tomato ceri dan timun di atas bihun.
  7. Susun epal merah dan tembikai susu berselang-seli di dalam Bento Box.