


Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Projek CAREton telah berjaya mengitar semula lebih dari 5,400 tan karton minuman terpakai, yang bersamaan dengan 450 juta pek UHT. Barangan yang telah dikitar semula ini seperti panel PolyAI dan jubin atap memainkan peranan penting dalam pelbagai projek pembinaan seperti pembinaan laluan yang beratap, pembaikan atap, dan pembinaan tempat tinggal bagi komuniti kurang kemampuan, termasuk Orang Asli.
Tahun ini, kami berbesar hati untuk meluaskan usaha kami kepada generasi muda, terutamanya kepada pelajar sekolah.
Memperkenalkan MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, kempen baharu yang dicipta untuk menginspirasi dan melibatkan generasi muda dalam mengamalkan ekonomi kitaran. Dengan menggabungkan proses kitar semula dan sukan, kami bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif bagi pelajar untuk bersukan dan belajar.

The CAREton Project
Sejak tahun 2012, dengan kerjasama Tetra Pak Malaysia, lebih 5,400 tan karton minuman terpakai (bersamaan dengan 450 juta pek minuman UHT) telah dikumpulkan dari lebih 700 lokasi di seluruh negara, yang kemudiannya dikitar semula menjadi polyAl (polyethylene dan aluminium) untuk dijadikan jubin bumbung dan papan panel. Inisiatif ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup bagi komuniti kurang berkemampuan dengan menyediakan barangan pembinaan yang mesra alam.