Apabila padanan sarapan tepat, pasti sang juara terasa hebat!

Anda pasti ada resepi sarapan Malaysia yang sering anda hidangkan buat keluarga. Tetapi, adakah sarapan yang anda sediakan mempunyai nutrien yang mencukupi untuk anak anda melakukan aktiviti hariannya?

Ketahui kandungan kalori sarapan anak anda berbanding kalori yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti lazim anak anda. Bersarapan membantu melengkapkan jumlah kalori yang diperlukan!